Sunday, April 18, 2010

:: Takziah Buat Keluarga Acik Spin ::

Takziah kepada keluarga allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada petang tadi. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.

Al- Fatihah..

Berita selanjutnye..

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber: – Utusan

No comments: