Sunday, July 4, 2010

:: Dia ni peminat no 1 Paraguay beb! ::


KADANG-KADANG kamera televisyen pada satu-satu acara sukan mengalih tumpuan mereka kepada sesuatu yang boleh menjadi tarikan di kalangan penonton.
Kadang-kadang tumpuan itu boleh kekal lebih lama daripada beberapa saat hinggalah iklan bersedia untuk ditayangkan.

Larissa Requelme menyorak untuk pasukan kegemarannya.

Gelagatnya mencuit perhatian lensa sekeliling.

Bagi Larissa Riquelme, fokus terhadapnya bagaikan melekat dan dia pantas menjadi popular di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya separuh penduduk melihatnya.

Dianggap sebagai peminat nombor 1 Paraguay, Larissa adalah seorang peragawati yang tidak pernah didengar namanya sebelum ini tetapi gambarnya memang popular dalam Internet.

Namun kerana sokongannya yang ketara terhadap pasukan kebangsaannya dan kekuatannya menguasai kamera tidak kira dari jauh atau dekat, gambarnya kini membanjiri laman web akhbar sukan terkenal seperti AS.com (Sepanyol), Corriere dello Sport (Itali) dan Globo (Brazil), dan menjadi satu daripada nama paling popular dalam enjin pencarian dan di Twitter. Selasa lalu, pencarian terhadap Larissa di Yahoo melonjak 241 peratus.

Mula mencipta populariti global ketika dia bersorak buat Paraguay pada perlawanan pembukaan mereka, keputusan seri dengan Itali, Larissa menarik minat ramai dengan caranya membawa telefon bimbit.

Ketika Paraguay meneruskan kemaraan mengejut mereka, menjuarai kumpulan mereka dan layak ke pusingan kalah mati, kamera berterusan mencarinya, walaupun hakikatnya dia menonton perlawanan jauh di benua lain, di ibu kota Paraguay, Asuncion.

Duduk di barisan hadapan dan di bahagian tengah pada satu parti menyaksikan perlawanan pusingan kedua Paraguay menentang Jepun Selasa lalu, kamera berterusan mengambil gambarnya ketika dia bersorak menyokong kejayaan pasukannya.

Paraguay menang menerusi penentuan sepakan penalti, meletakkan mereka pada peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah, namun nama Larissa Riquelme melonjak di laman web sosial Twitter selain enjin pencarian Yahoo.
Sudah tentu, kenyataannya bahawa dia akan berlari bogel di sepanjang jalan dengan badannya hanya dicat dengan warna merah dan biru jika Paraguay memenangi Piala Dunia tidak menjejaskan popularitinya.

Dia juga berjanji akan menanggalkan pakaiannya satu persatu di televisyen Argentina sekiranya Paraguay layak ke separuh akhir. 

Sumber : Harian Metro, Sabtu, 3 Julai 2010.

Hahaha. Sesungguhnya contohilah semangat wanita ini. Tapi jangan la tiru keberanian terlampau dia tu ye. Fikir dulu sebelom buat.
(: 

4 comments:

Nine said...

Kalao kat Mesia buat cam kenyattan nih abis la kena ban :),tanggalkan pakaian tu silap2 org laki tak tengok bola pula nanti hehe..

sera said...

gila apa perempuan ni. ishh2...

Cik Alin said...

nine, btol tu.
orang lelaki ni pantang ckit law jumpe pmpuan cmni..hik3..

:)

Cik Alin said...

sera, hobi dia kot..haha