Friday, September 10, 2010

:: T.O.T Catur Bistari ::

Apekah T.O.T??
Haa.. ni nak bagitau..
T.O.T tu Training Of Trainer..

Kali ni Cik Alin join untuk permainan Catur Bistari..
Korang pernah dengar x nama permainan ni??
mungkin ade yang pernah, mungkin x..
segalanya mungkin..hehe
permainan ni berasaskan peniagaan secara Islam.






Ni la penceramah jemputan dari Johor Corp, En. Azhar Arifin.

Seronok mendengar olahan beliau!
Setelah selesai mendengar ceramah dan cara2 bermain permainan  ni, kiteorang pn diberi peluang untuk mencuba sendiri permainan yang dikatakan akan membakar semangat setiap pemainnya ketika bermain!

Kelihatan meja telah disusun dan semua banker2 mengambil tempat masing2..

 Ni la board Catur Bistari..
Laluan Merah dinamakan laluan makan gaji..
Laluan Kuning dinamakan laluan tijarah..
dan laluan Pink untuk laluan jihad bisnes..

Start main, mesti kene lalu laluan merah. Then, kumpul harta masing2..
Kalau dah ada rm 30K baru boleh pindah laluan kuning..
Then, boleh beli syarikat masing2..start kat cni income pn start bertambah la..ikot pendapatan bulanan syarikat belian masing2..
Untuk naik ke laluan pink, aset kita mesti da cukup rm1 juta..
hanya jutawan saje yang bole main dekat laluan pink ni..hehe..jangan main2 taw!
kat cni korang dah bole lega dh..sebab mmg syok untuk kumpul aset hingga mencurah2 ke ladang gandum..hehehe..best!
Tapi phm2 la kalau berbisnes ni, ade naik..ade turun...nasib masing2..
Dalam permainan ni hanya dadu yang berbentuk segi 12 saje boleh digunakan..
Baling la sesuka hati anda..hehehe..



Ni pulak contoh penyata pendapatan pekerja..tiap kali tukar laluan, mesti kene tukar borang..
borang ni penting tau untuk tau aliran tunai bulanan korang n nk kira aset bila dah abis main nnt.


see!
ni la antara pemenang2 mase TOT aritu..
mereka antara pengumpul aset terringgi yang berjuta2 tuhh..
Sebagai ganjaran, mereka dapat membawa pulang satu set catur bistari yang berharga RM 89.90!
Ni la set catur bistari.

Selesai sahaja mengikuti TOT ni, kami telah ditauliahkan untuk menjadi jurulatih Catur Bistari.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kelab KKDT, UTHM (Kelab Keusahawanan Dan Tekno) yang mempelawa Cik Alin untuk join permainan ni. Serta tak lupa kepada Johor Corp atas sumbangan sijil diatas.

Beberapa hari lepas TOT ni, Kolej Kediaman Melewar telah menganjurkan pertandingan Catur Bistari Terbuka Melewar.
Cik Alin dengan bersemangatnye nk join. Alhamdulillah dapat juga menjadi salah seorang pengumpul aset tertinggi..tapi xdelah tinggi mane pn. Cume rm14Juta lebih la..xpe, walaupn sedikit, tapi ini permulaan baru bagi Cik Alin dalam dunia catur bistari ni.





Hope dapat join event yang lagi besar lepasni sebab hadiah utama yang biasa diberi ialah sebuah kereta.

2 comments:

dayangredzuan said...

if ko mennag kereta..gua sanggup jadi driver lu..

Cik Alin said...

wakakaka..amin,.
tu yang wa nk dengar beb..hehehe