Tuesday, November 16, 2010

:: Kursus BTN ::

Tarikh : 7 - 11 Nov 2010
Lokasi : Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah.


Agak lewat Cik Alin menaip entry ni.
Tapi nak cerita jugak..
Entry agak panjang okay !
Maaf gambar xde sebab xde pada saya buat masa ini.


7 Nov (10 malam)
-Gerak dari UTHM menuju ke Langkawi.
- Berhenti makan selama 30 minit di Jentayu.


Cik Alin rasa sangat excited sebab bukan senang dapat jalan jauh kalau xde yang sponser..hehe
2 buah bas menjadi pengangkutan kami dari UTHM menuju ke jeti Kuala Perlis.
Penumpang dinasihatkan untuk meletakkan bagasi2 di dalam bas, bukan ditempat letak barang yang ade dibawah sebab dikhuatiri kami akan melalui laluan air yang agak tinggi semasa berada di Kedah nanti. Almaklumla, kat sane tengah banjir.


8 Nov (5.50 pagi)
-Berhenti solat subuh di RNR Sg. Perak


RNR tu sangat cantik. Siyes ! Bersih je. Lepas solat subuh, terus rasa nak bekfes. Huhu.
Masa makan tibe2 Abby Yus duduk depan meja Cik Alin. Kebetulan dia baru selesai solat subuh juga. Wahh ! Jumpe artis pulak pagi2 bute ni. Hehe. Tapi Cik Alin senyum je.. =)


10.30 pagi
-Sampai di Jeti Kuala Perlis.
- Tunggu feri kul 11.30 pagi.


As usual kalau duduk mesti kene ikot susunan mcm dalam kelas.
Jaja, Dayang, Alin..haha
Dayang naik feri je terus makan ubat muntah2 n then Zzzzz...sedapla kau tido ye yunk !
Kami berdua agak leka melayan movie yang ditayang n then tibe2 muke masing2 tutup pakai kain.
Rupe2 nye tiga2 dah melayang bersama..haha..
Perjalanan mengambil masa selama satu jam sahaja untuk sampai ke Jeti Langkawi.


12.45 tgh hari
-masing2 memunggah bagasi2 yang ade untuk dibawa menaiki bas yang disediakan.


Sampai sane je kami terus diarah untuk pergi ke Gunung Mat Cincang..naik cable car tuh..wah !! best !! Tapi sebelum tu memang menjadi kewajipan kalau pergi Langkawi mesti kene singgah tempat jual barang2 berasakan GAMAT ni. Jom kita beramai2 main celup2 kat kuali tempat masak gamat tu..free je..
Selesai di tempat GAMAT, kami terus menuju ke Cable Car. Tapi ade la 2 makhluk Allah ni yang xnak naik. Takot mabok katenye..ok2, xmau ganggu mood korang. Enjoy la di bawah ye..kami nak mendaki gunung yang tinggi ni tapi naik cable car la..kalau naik kaki tah bile la nak sampai nye..huhu.
Pemandangan di atas sangat cantik ! Siap bole nampak Thailand lagi ! Sejuk, nyaman, dan yang pastinya ade makanan dijual di atas sana..yummy ! Walaupun agak mahal berbanding harga dibawah, tapi kalau korang dah penat berjalan cmne pn, paling2 pn korang mesti beli air punye..cayela cakap den ni ha !


Dah selesai bergambar, berjalan, turun la bawah kan. Takkan la nak berkampung pulak kat atas tu ha..huhu. Sampai bawah je terus serbu kedai aiskrim. Sedapnye x terkata ! Haha.


4 petang
-Sampai di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah.
- Check In bilik.


Cam biasa, memang xde muka lain,
JajaDayangAlin..
Lagipun satu bilik hanya untuk 3 orang je..hehe
Dalam bilik kuar la ayat ni
"xde muka lain ke selain muka korang??"
haha
Lepakking time !


6.30 petang
-makan malam
-solat maghrib & isyak


9 malam
-pembukaan kursus
-sesi perkenalan


Ketua Fasilitator :
En Mohd Akmaluddin


Jurulatih :
1. Pak Sidek
2. Pak Karmin


Kami diberi seorang sebiji telur ayam dan diamanahkan untuk menjaganya sehingga tamat kursus.


12 malam
-Tidur.


Zzzzzzz...


9 Nov (5.50 pagi)
- subuh


Subuh qadak sebab xde air pastu nak tayammum pn tanah basah..hehe


7.00 pagi
-senam pagi
-sarapan


8.30 pagi
-ceramah 1
-LDK 1
-minum pagi


1.00 petang
- makan tgh hari
-solat jamak (Zohor + Asar )


2.30 petang
-LDK 2




Pegi interview sape2 je yang ade kat pantai Chenang tu. Mcm2 nak kene tanye doang ni..
Amaran ! Jangan pergi ke pantai.
Opss ! Kenapa Cik Alin dengan Intan ade kat pantai ek mase tu ??
huahuahua..degil !
Tibe2 ade seorang urusetia ni nampak kami berdua sedang syok bergambar, dia pn tegur
"meh saya amikkan gambar kamu berdua"


haaa..ok2!!
dia kate kamu semua akan ke pantai sebentar lagi, tapi rahsia dulu k.
huhu
Group kami berjaya menemu ramah lebih kurang 28 orang temasuk lah pemilik premis dan pelancong asing di sekeliling pantai Chenang itu.




4.00 petang
-kumpul dan buat rumusan tentang dapatan kajian.




5.00 petang
-kami diberi kebenaran untuk ke pantai




Ade yang bermandi  manda, naik banana boat, dan kami jugak xleh lari dari melihat "ikan2 duyung" ditepian pantai..fuhh ! Seksi !




6 petang
-makan malam
-mandi
-solat jamak (maghrib + isyak)


8.30 malam
-Ceramah 2
-LDK 3


Masa sesi LDK ni Cik Alin memperkenalkan diri secara lebih detail, dan tibe2 fasi group kami, Pak Murad mencelah..
Kau ni anak sape ?
Anak ke-8 makcik besah la
Saya anak Ahmad, tapi orang kampung panggil Bakar.
Lah, kita ni sedare la !
Haa ?? Yeke ??
Hadoii..jumpe sedare lak kat langkawi. Kat johor xjumpe pulak..haha
Bila dah tau tu sedare, terus carefull je Cik Alin. Sopan santun bagai..haha.


11.30 malam
-minum malam
-tido


10 Nov
Aktiviti lebih kurang same macam ari semalam nye.
Cume beza nye kami lakukan semua aktiviti secara PDK,
bersatu dengan group yang lain. 
pagi tu kami berpoco-poco,
petang kami main tutup mata dan cari hala tujuan masing2..ouhh, pening2..huhu
malam pulak kami diuji untuk menyelesaikan masalah negara..hadoo..hura hara kot mase tu. Yela, mereka2 mahu melihat bagaimana kita bertindak sebagai pemimpin. dan masyarakat demi menyelamatkan sebuah negara. Alhamdulillah berjaya tapi bukan seperti yang dijangka. Setelah selesai semuanya, barulah kami tahu dimana kelemahan kami semua.
Majlis penutup.
Masa minum malam pulak ade buat suprise birthday party untuk peserta2 yang lahir pada bulan Nov ni.


Kebetulan birthday Jaja tepat pukul 12 malam tu.
Happy Birthday my dear Driver..hehehe
Luv U lah !


11 Nov
-Check out
-Naik bas menuju ke Makam Mahsuri dan Galeri Perdana
-Pulang ke Johor


Kelakar la malam tu. Kami semua pelik kenapa la pakcik bas xnak berhenti dekat mane2 RNR sbb ade yang lapo n nak terkucil. Laju jek pakcik tu bawak..nak tegelak pn ade. Lepastu ade la sorang membe ni suruh pakcik tu stop dekat mane2 RNR sbb da xtahan bebenor gamaknye..haha.
Pakcik tu pn berhenti la dekat satu RNR ni..tapi khas untuk orang yang nk terkucil je..
cek2, suma da naik..bas pn jalan..ade la dalam 3 minit bas gerak, mmbe call tanye mane bas ??
ha ?? ade yang tertinggal kat RNR td..cmne ni ? ade pulak u turn kat highway kan ? huhu..nsb baik orang plus ade, merekalah yang hantar rakan kami menuju ke bas semula..alhamdulillah..kalau x tinggal la kau Abang Afnan !
huhu


Sampai batu pahat lebey kurang kul 3 pagi.


Sekian

10 comments:

Cik Mus said...

betul ke sedara alin ? lalala
tertinggal ? fuh.
BESTNYA langkawi !

Hairil Rizal said...

Kursus BTN kat Langkawi?

Bestnyaaaa!

Patutla lama tak kelihatan di alam cyber...

Cik Alin said...

mus, betol sedare dekat pulak tu..huhu

alhamdulillah best !

Cik Alin said...

warlord, hehe..jauhnye kursus kan..

sbb tu la xde kat dpn lappy ni selalu je..huhu

dayangredzuan said...

no pic dear?

nyonya penang said...

yaa...sg perak mmng sentiasa penoh org..=)

best nya g kem...

Mknace said...

:) :) :)
selamat hari raya aji

Cik Alin said...

dayang, yup..sorry..
pic kat jaja kot..

Cik Alin said...

nyonya, betol tu.. tapi best kat sane..heee

Cik Alin said...

Mknace , selamat hari raya haji juge..