Sunday, July 25, 2010

:: Kicap ::

Ini cerita saya pikir agak lawak la bagi aq. 
Bagi korang aq tidak tahu.
HUHU
Cerita nya ini macam : 
Aq ni suka makan kicap. Memang dah jadi menu wajib pun kalau makan nasi tu mesti kena ada kicap. Sekarang ni kan dah kena duduk rumah sewa. So, benda wajib yang akan aq bawak dari rumah ke rumah sewa of kos la kicap kan. Xboleh tiinggal punya. HEHE
Satu hari, masa ondaway balik batu pahat, make sure kicap ade kat tempat duduk belakang. ADE! Ok cun! Sampai je rumah sewa terus punggah semua barang2 letak dekat dapor. Lepastu terus lending atas tilam n tido. Keesokkan hari, cek la kicap ade x kat dapor tu. Tibe2 plastik yang bungkus kicap jek xde. Ape cer ni beb??? Mahal tu aq beli botol besor..HUAAA!
Hati meronta nak kicap2!
Roger semua orang dalam rumah mane la tau kalau doang ade kemaskan n letakkan kat tempat lain ke kan. Tapi jawapan masing2 "XDE PN"..ala....
Dekat 2 minggu jugakla asik memikirkan kemana kicap tu pergi. Hmm. satu malam tu, sedang lena diulit mimpi, tibe2 ade satu mimpi ni mencelah! Dalam mimpi tu aq pegi masuk dalam keta kat tempat duduk belakang. Mencari sumting then ternampak kicap dalam plastik. WHAT! HOYEAAAHHHHHHH! Da jumpe kicapnye. Lepastu tanye Dayang,

Cik Alin : wei, dah 2 minggu kicap ni duk terperap kat dalam keta ni. Xpe ke kalau kita makan??

Dayang : XBOLEH"..

Cik Alin : Alaaaaaaaa......

terus aq terjage dari tidur. "CEH, MIMPI RUPENYE!" 
Aq pn cerita la pasal mimpi tu dekat housemate sume. Mereka ketawa!
HAHA.

Keesokkan harinya, kami serumah keluar untuk beli barang rumah. Selalu dalam keta aq akan duduk depan. Tapi kali ni bagi akak2 lak ye duduk depan. HEHE.
nak dijadikan cerita, aq duduk la belakang dengan Dayang. Mase aq seluk tangan dekat poket seat kat belakang tu tibe2 terpegang botol yg agak suam2 panas dalam plastik. Dalam otak da pikir KICAP! Dengan pantas aq keluarkan. Betulla kicap! HOYEAHHHHHHH! Dengan sengaja nye aq tanye dekat Dayang 


Cik Alin : wei, bole ke kita makan kicap ni??

Dayang : xboleh!

Lepastu semua dalam keta gelak....HAHA.
Mimpi jadi kenyataan.
Sekarang ni simpan kicap tu kat tempat yang senang dilihat.
HUHU.

:: Datang Awal ::

Hah! Selamat belajar ye kawan-kawan. Kuliah da start, kita semua kene semangat untuk belajar. 
Yah! 
CHAIYOK3!
Cik Alin dengan kawan pn memang semangat kalau nk ke kelas. 
Sebabnye kiteorang ni suke datang awal kot..haha.
XCAYE??
BETOLLAH!
TENGOK NI!





HA..!

Kami bertiga je ade dalam kelas tau. Ade mase nak snap2 pic lagi.
HAHA
Sebab kalau datang awal bole duduk depan. 
Bila da duduk depan, bole concentrate, bila da concentrate baru la faham ape yang lect ajar..hehe. InsyaAllah..

Tuesday, July 20, 2010

:: Roadblock! Roadtax pudar hilang tulisan! ::

Tarikh : 17/07/2010
Tempat Kejadian : Keluang, Johor
Masa : 2.30 p.m.
Haha..gelak dulu sebab ni la first time Cik Alin merasa kene tahan dengan polis. WAKAKA!
Tapi bukan Cik Alin yang memandu k. Kawan Cik Alin yang nama dia Jaja tu..hehe.
Kejadian yang memang dijangka berlaku sebab kiteorang kene lalu 3 roadblock dalam mase 1 hari tau!
Uishhhhhhh! Banyak tu...mama xsuke!
Roadblock pertama – PASS
Roadblock kedua – STOP! Sila ketepi ye cik!
Roadblock ketiga – PASS
Mase kali kedua kene tahan dengan pakcik polis yang agak garang muka dia.HWAAAAAA!
Cik Alin xtakot pn. SIYES!
Tapi muke driver da cuak.
Nak tau sebab pe??? HAHA
Sebabnye dia sangat la risau pasal roadtax dia yang da pudar tu. Bukan kaler roadtax yang pudar, tapi tulisan kat roadtax tu la..nasib baik la da standby salinan geran keta dlm dashboard.


Polis : Keluarkan lessen.

Driver : Nah

Polis : Ni kenapa roadtax xnampak tulisan ni?

Driver : ehmmm..(muke neves!)..

Polis : (roger balai..cek sama ada roadtax keta driver ni hidup lagi ke x.)
            Sambil tunggu balai roger balik...
           Awak ade bawak salinan geran x?

Driver : Ada!

Polis : lah! Kenapa xbagitau tadi? Kan senang kalau bagitau tadi.

Driver : HAHA

Polis : Owh, anak polis ye. Ehm, ok awak bole jalan.

Para penumpang : HAHAHAHAHAHA


 -tamat-

Sunday, July 11, 2010

:: Cupcake Dari Cik Mus ::

Tingggggggggggg!


Terima kasih Cik Mus sebab bagi CupCake Cumill ni kat Cik Alin sebelom kau pergi berjuang di UPSI sane!

Sedap wooooooo!

++ Lagi cumill bile tertera name ALIN kat citu..

yeahhhh!

Suke3!

Thanks a lot k.

Esok aq pulak nak balik UTHM..

Lepastu da jarang on9 pulak!

Bile da jarang on9, blogwalking pn kurang la!

Bile da kurang blogwalking, jejak pn kurang la..!

Alaaaaaaaa!

Xsuke!

Sory ye kawan2..

Kalau de mase kita huha lagi k!

=D

Btw, perjuangan harus diteruskan!

Wahhhh...miss my home!

Ade sape2 nak ikot balik Batu Pahat???

JOM3!!!

Weeeeeeeeee~

Friday, July 9, 2010

:: Pengintip ke 123 yang excited! ::

Alhamdulillah, semakin hari bertambah follower belog Cik Alin ni. Walaupun xramai mane , tapi Cik Alin bersyukur je dengan ape yang ade..hehe.
Sekarang follower Cik Alin da ade 123 orang..
Entry kali ni nak promote orang bertuah yang ke 123 tu la.

TADDDAAAAAAA...!
Para PENGINTIP Cik Alin Yang Hensem & Chantek!
Keterangan tentang beliau yang bernombor 123..
Name : Iqbal Syarie
Umur : 19 ==> 20..kot
Lokasi : Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Xsure lah..
Nama Belog : Pondok Cinta
Ni la header belog En. Iqbal. Cantek!
  
Korang rajin2 la singgah belog dia heh. Mesti dia suke..heeeee..
Tahniah dan terima kasih banyak2 kepada anda Iqbal kerana menjadi pengintip follower belog Cik Alin yang ke 123, saya tahu anda sukakannya!
=)

Wednesday, July 7, 2010

:: Ade jek bahan nak wat lawak ek ::

Salam..
Ape khabar semua?
How your day?
Huhu..
Kali ni nak cerita pasal membe2 kelas Cik Alin.
Budak2 DDM 1 (Diploma in Mechanical Engineering)..
Almaklum la majoriti dalam kelas semua lelaki kan..so, bahan2 eksperiman mereka adalah kami golongan perempuan ini. HUISHHH!
Jgn la fikir eksperimen pe lak ye..
Hanye bahan untuk gurauan semata..
Lelaki kan suke mengusik perempuan..paham2 jela..

ok2! Straight to the point..!

Tengok gambar ni. Perhatikan dgn fokus ye kawan2.

Membe sorang ni memang suke berposing dengan muka cumil dia tu..hobi dia la katekan!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak dijadikan cerita, budak2 lelaki pn mulelah copy gaye dia cmni..

Hahaha..aq tau ni keje sape. Ingat blurr2 ni xley cam ke?? Siap la korang balik u nnti..!

Haha
=D

Kawan Cik Alin yang muke kene copy tu name dia Jaja.
Jaja ni blurrr mule2 tgk pic lagi satu ni, last2, baru dia pasan bile Cik Alin tunjuk kat dia dua2 gambar kat atas ni..

Mula2 dia geram, pastu dia berdekah3 ketawa..haha..layann..

Ade2 jela budak2 ni..

Monday, July 5, 2010

:: Follower yang ke 100 ::


Untuk entry kali ni Cik Alin nak mengucapkan terima kasih dan TAHNIAH kepada blogger bertuah, NAS yang menjadi follower  ke 100 belog My Inspiration ni.. 

Ala, baru seratus..almaklumla, baru lagi tulis belog..huak3! Heeee..suke3! Tapi Cik Alin jugak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower Cik Alin kerana sudi bertandang dan follow belog ini. hehe..lain kali datang lagi dan jangan lupa klik my baby nuffy kat atas tu ek..hihihi.

Apa yang saya tahu pasal NAS ni, dia belajar dekat UITM Shah Alam on Bachelor in Accountancy. Mungkin dia ni lepasan matrik kot..huhu..
Tambahan +++ dia tua setahun dari Cik Alin..agagagaga..tu jek.
Btw, thanks NAS dan semua follower dan yang sudi datang ke belog ini.

Luv u all, mmmuahhh!

Sunday, July 4, 2010

:: Dia ni peminat no 1 Paraguay beb! ::


KADANG-KADANG kamera televisyen pada satu-satu acara sukan mengalih tumpuan mereka kepada sesuatu yang boleh menjadi tarikan di kalangan penonton.
Kadang-kadang tumpuan itu boleh kekal lebih lama daripada beberapa saat hinggalah iklan bersedia untuk ditayangkan.

Larissa Requelme menyorak untuk pasukan kegemarannya.

Gelagatnya mencuit perhatian lensa sekeliling.

Bagi Larissa Riquelme, fokus terhadapnya bagaikan melekat dan dia pantas menjadi popular di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya separuh penduduk melihatnya.

Dianggap sebagai peminat nombor 1 Paraguay, Larissa adalah seorang peragawati yang tidak pernah didengar namanya sebelum ini tetapi gambarnya memang popular dalam Internet.

Namun kerana sokongannya yang ketara terhadap pasukan kebangsaannya dan kekuatannya menguasai kamera tidak kira dari jauh atau dekat, gambarnya kini membanjiri laman web akhbar sukan terkenal seperti AS.com (Sepanyol), Corriere dello Sport (Itali) dan Globo (Brazil), dan menjadi satu daripada nama paling popular dalam enjin pencarian dan di Twitter. Selasa lalu, pencarian terhadap Larissa di Yahoo melonjak 241 peratus.

Mula mencipta populariti global ketika dia bersorak buat Paraguay pada perlawanan pembukaan mereka, keputusan seri dengan Itali, Larissa menarik minat ramai dengan caranya membawa telefon bimbit.

Ketika Paraguay meneruskan kemaraan mengejut mereka, menjuarai kumpulan mereka dan layak ke pusingan kalah mati, kamera berterusan mencarinya, walaupun hakikatnya dia menonton perlawanan jauh di benua lain, di ibu kota Paraguay, Asuncion.

Duduk di barisan hadapan dan di bahagian tengah pada satu parti menyaksikan perlawanan pusingan kedua Paraguay menentang Jepun Selasa lalu, kamera berterusan mengambil gambarnya ketika dia bersorak menyokong kejayaan pasukannya.

Paraguay menang menerusi penentuan sepakan penalti, meletakkan mereka pada peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah, namun nama Larissa Riquelme melonjak di laman web sosial Twitter selain enjin pencarian Yahoo.
Sudah tentu, kenyataannya bahawa dia akan berlari bogel di sepanjang jalan dengan badannya hanya dicat dengan warna merah dan biru jika Paraguay memenangi Piala Dunia tidak menjejaskan popularitinya.

Dia juga berjanji akan menanggalkan pakaiannya satu persatu di televisyen Argentina sekiranya Paraguay layak ke separuh akhir. 

Sumber : Harian Metro, Sabtu, 3 Julai 2010.

Hahaha. Sesungguhnya contohilah semangat wanita ini. Tapi jangan la tiru keberanian terlampau dia tu ye. Fikir dulu sebelom buat.
(: 

Friday, July 2, 2010

:: Kek Cawan Suke2 Buat ::


Hah! Tibe2 jek rase nak bagitau yang Cik Alin try wat cupcake.
Almaklumla duduk uma cuti2 ni xkan duduk saje jek kan..gunekan mase yang ada untuk belajar memasak..hakhak..aq belajar masak ke kat uma?? ntah la..hehe
Tapi, kakak ku yang pakse aq belajar semua ini..hukhuk,,sedey je bunyi nyer kerana dipakse..sob..sob..
Btw, inilah ape yang Cik Alin buat dan lihatlah hasilnye dengan pandangan yang mempersona k! 
Tapi nak bgtau jugak bahan2 dan cara membuat cupcake nih!

Bahan-bahan :
125 g tepung naik sendiri
125 g mentega
120 g gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

Untuk ising :
150 g gula ising
100 g mentega
2 sudu teh air panas
1 sudu kecil esen vanila
(pandai2 la bejet2 sendiri yek!)

1. Mula2 pukul belasah mentega dengan tepung naik sendiri tu sampai da dekat putih2 kaler dia.




2. Lepastu, masukkan telur dengan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang. Pukul jangan x pukul k!


 3. Lepas dah kembang kan, dia jadi cmni.


Agak putih la tu..ngeh3..

4. Lepastu lagi, sediakan cup untuk masukkan adunan ni. Pastikan gris ckit kat cup tu sebelom masukkan adunan ye.


5. Disebabkan Cik Alin suke pakai piping bag, so amik la piping bag then masukkan adunan dlm tu. Ape lg?? Picitkan ke dalam cup cmni..


6. Dah siap picit2, urut2 masukkan la ke dalam oven. Suhu yang Cik Alin prefer mase tu 145 degree n masak dlm 15-20 minit. Sebabnye oven Cik Alin tu kecik aje. Kalau panas sangat xtau lak pe jd nnt.


7. Tunggu sehingga masak ye kawan2.

Tadaa..!

Jangan byk tanye kenape cupcake ni separuh jek. Nanti Cik Alin jelaskan k!

8. Untuk ising tu korang pukul mentega n gula ising dulu. Then, masukkan air panas n esen vanila itu. Gaulkan mereka semesra mesranya okayh! ++ tambahlah pewarna lepastu. Suke hati suke kaki korang ye.

10. Setelah berusaha keras memikirkan corak yang tah pape, inilah hasilnye.

Trrrriingggggggg!!!!

Agagaggaa..tah pape la.

Cik Alin saje jek xbuat penuh2 cupcake ni.
Sebabnye nak simpan dalam tapauware. Kalau penuh2 n tinggi2 habis ranap la ising tu nanti. Penat buat woo! Hehe..

Sekian, selamat mencube!

:: Award Stalker Terhebat ::

Salam..
Hari ini Cik Alin dapat award lagi..
Wee..
Oleh itu jutaan terima kasih diucapkan kepada my lalink Cik Belog yang sudi mengawardkan Cik Alin dlm dunia blogging ini..hahak..ayat sekema..ekeke..
So, kene la jawab tag dulu kalau nak terima Award Stalker Terhebat ini!

 Tadaaaaaa!



1)Bagaimanakah anda menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?

Sebenarnye blog Cik Alin ni lebey kepada cerita kehidupan seharian je..aktiviti suke2 yang Cik Alin wat. Kalau nak berdakwah tu insyaAllah akan diselitkan dari semasa ke semasa.


2)Sumbangan selama anda menjadi blogger?

Sumbangan pulak ye, ehm..Cik Alin suke tambah follower orang..heeeee...lagi satu ofkos la sbb pakcik nuffnang kan..kite same2 klik2 nuff kawan blogger yang lain. Terima kasih jugak kat korang yang klik2 my baby nuffy tu ea..insyaAllah Cik Alin akan buat benda yang sama untuk korang..


3)Apa yang anda dapat sepanjang jadi blogger.

Sangat bermacam info yang Cik Alin dapat, lebey2 lagi dari rakan blogger yang aktif berblogging. Suke tgk pencapaian mereka, dan berhasrat ingin menjadi blogger yang kekal aktif bersukan dalam acara jalan kaki blogwalking..hehe


4)Blog yang macam mne anda suke stalk? (pada pandangan anda)

Blog yang simple, penuh info, lawak, dakwah, dan yang paling penting sekali belog yang banyak tips2 berguna untuk mase hadapan..haha

5)Tag lagi 5 kawan anda.. 
Dengan segala hormatnya, Cik Alin ingin menyerahkan award ini kepada calon2 berikut :

Sekian, dan tahniah kepada penerima award seterusnye..
Jawab jangan x jawab je kawan2..
Heeeee...