Tuesday, September 28, 2010

:: Dapat duit Raya Lagi ::

28/9/2010

Harini ade satu kelas je..
Lukisan Kejuruteraan (LK)..
Sejam je pn..

Abis je waktu kelas Cik Alin pn terus keluar menuju ke kereta
Cik Alin terdengar nama dipanggil dari belakang..

"Alin!"
Toleh je kat belakang ade orang tunjuk sampul duit raya..
Hahaha..
Hati berasa sungguh riang sekali..
Seperti si comel ribena menari2 di dalam hutan..hahaha


ade 3 sampul sebab 2 lagi untuk housemate Cik Alin, Jaja & Dayang..
Yang paling penting, Cik Alin punye sampul ade lebey 30 sen lak..huhuhu..
Kelakar plak rase..
btw, thanks boloq!

Monday, September 27, 2010

:: Raya Dalam Kelas ::

24/9/2010
9 a.m - 10 a.m
Kelas Lukisan Kejuruteraan

kami budak2 kelas 2DDM ade jamuan raya kecil-kecilan di dalam kelas. Tak tahu la ni idea siapa sebab yang Cik Alin tahu kami disuruh membawa kuih raya ke kelas. Housemate Cik Alin, JAJA yang packing kuih raya pagi2 sebab dia yang siap awal2 kan..sape yang siap awal dia la yang kene wat...hehehe. saje je cari alasan untuk mengelak ek..lalala. Ade la dalam 5 jenis kuih yang kami bawa. Biasanya kami bertiga pergi kelas. Dengan housemate lagi sorang, DAYANG..tapi hari ni DAYANG terlibat dengan press conference mewakili  PASUKAN PENCAK SILAT UTHM kat KL pulak,,wah2, da semakin glamer kawan Cik Alin sorang ni. Yela, dulu cita2 dia nak jadi artis tapi ummi dia x bagi..huhu..ops! terbocor rahsia kau kakak..HAHAHAHA!
Kami agak was2 sama ada harini belajar ke x. Yela, kalau diikutkan, masih ade 6 lagi tugasan yang kene settle untuk subjek LK ni..tapi Encik Tu cakap kelas xde. Yeahhh!!! Sukenye..hehe.

Majlis dimulakan dengan ucapan Lect LK, kemudian ucapan dari pelajar 2DDM, ade 2 orang je yang bagi ucapan pn. Yang lain semuanya malu2 kucing (termasuklah Cik Alin)..geli jek..huhu..Setelah Doa selesai dibacakan, majlis makan2 pn bermula. Lect sponser air kotak, kami sponser kuih2 raya je. Sungguh gumbira rasanya berhari raya di dalam Studio Lukisan. Lepas makan, sesi bergambar gedik2 pulak dijalankan. Tempat duduk Cik Alin n de geng kene serbu jadi port berposing..huhu..layankan aje.




Kamu semua memang best!

Apa yang paling menggembirakan Cik Alin haritu ialah, kami bawa kuih raya dari rumah hanya 3 bekas sahaja, tapi kami kene bawa balik 6 bekas..huhu. Banyak tu..masing2 tinggalkan je kuih yang diaorang bawa. Kami bagi lect 2 bekas dan yang selebihnya kami bawa pulang.

Tuesday, September 21, 2010

:: Budak-budak ::

Ni nak cerita pasal ade la 2 orang budak..
mereka datang beraya kat uma Cik Alin..
Raye ke bape xingat la plak..
sebenarnye Cik Alin malas nak melayan mereka ni..
yela, da ngadap laptop nye pasal..
tapi makcik besah awal2 da cabot, pastu siap pesan,
'alin, pegi layan budak2 tu'
emmm..ok!

layan2, sembang2, macam polis Cik Alin tanye soalan kat dieorang..
Mereka ni xde perasaan nk serius ke??
Asik gelak je kalau menjawab..
sedang dieorang syok2 makan kuih, 
ade la yang sorang tu dia asik duk mengadap kerepek ubi pedas kalau xsilap..
sampai xnak bangun..
padahal member dia da ajak balik pn..

Cik Alin pun tegur la dia
"wei udin, ko nak aq bungkus ke kuih tu??"
"bole jugak!"
"haha..ok, tunggu kejap"

tibe2 mmber dia mencelah
"nak jugak la kak"
"haha..ok2"

macam kedai runcit pulak ye..
bole mintak bungkus lak tu..
tapi kalau kat kedai custemer kene bg duit,
ni lain lak..owner umah kene hulur la kan..
yela, name pn ari raya..

last2, da dapat duit raye, Cik Alin baru je nk snap gambar dieorang laju je blah..
takot ke dengan kamera dik???
haha..
tp ni je hasil tangkapan yang dibuat..

yeah, dapat jugak snap!tengok kat tangan dia tu ade bungkusan..

tapi gambar yang lagi sorang tu xdapat la plak sebab dia lari mcm pelesit..
siap kau udin!
tunggu la raya taun depan ade lagi..

:: Abang Yang Baik ::

Alhamdulillah 
Kaki Cik Alin suda semakin ok..
Thanks kawan2 yang datang ke rumah beraya ye,
even korang kata
"kami datang bukan nk raye, tapi nak melawat"
haha.,
yela2, aq kan sakit..so korang perli r ni kan..
xpe2..
terima je..
huhu

Tapi xsangke pulak ade sorang abang Cik Alin ni..
Baik punye offer nak urut kaki adek dia..
huhu
sob~sob~sob..
terharu..


 urut2 manje gitu..haha


thanks to Azlan Je..
walaupun last part kau urut tu ko tekan2 kaki aq "baik punye"!
perghhhh..
mmg aq xkn lupekan jasa kau ni ha..haha..

Monday, September 13, 2010

:: Moto Tumbang, Aq Layankan ::

Hari ini,
12 September 2010,
Cik Alin di ajak oleh Cik Nadia untuk pergi beraya ke rumah bekas cikgu sekolah kami..
Seronok rasenye bertemu kawan2 lame, even  itu bukan kawan kelas Cik Alin pn..tapi layankan aje..

Dalam perjalanan pulang, Cik Alin ni gatal nk bawak motor. Nadia xbagi, tapi Cik Alin nak jugak...nak jugak..
Kat situ ramai lelaki2 sedang mengisi minyak motor mereka...
huaaa.memalukan lah apabila nadia naik je kat belakang motor, Cik Alin dgn motor2 terus tumbang..yang bagusnye Cik Alin biarkan aje kejadian itu berlaku..sedikit pun tidak mengeluarkan suara..bangun dengan selamba dan terus jalan..haha..
Dalam perjalanan Cik Alin gelak je sorang2..
Macam orang gila pn ade.
Mase tu kaki xsakit sgt..
Sampai uma je tgk da bengkak..



 kaki bengkak kat bahagian ni la..




Ngadu kat abah..ingatkan abah marah..tapi abah nk tgk rupenye..
Cik Alin tunjuk and nak tau dia kate ape?
"patah la tu"..
ishhh, mane ade..
"lain kali baik2 bawak moto, ini baru nak naik pn bole jatuh"
emm, nak buat cmne, 
sambil urut, terus tertido...



ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz...




dlm mlena ku termimpi kesinambungan kejadian petang td..hak3..mcm2..

maghrib Cik Alin tersedar dan terus bangun..
Sambil berjalan, Air mata menitis tanda kesakitan tiba2 yang amat..

Terduduk sebentar didapur..
Ramai yang menegur dan berderailah airmata ku ini..Huhu..
"JANGAN TEGUR SAYA KALAU SAYA SEDANG SAKIT, NANTI SAYA TOUCHING"
Mak kate nanti jumpe makcik kacong (tukang urut)..
huhu..lagi sedih bila ada yang prihatin kat kita..
bukan sedih sebenarnye, tapi terharu....

kaki, cepat la sembuh..saya nak pergi beraya ni..
banyak lagi destinasi yang hendak dituju..

Sunday, September 12, 2010

:: Takziah Kpd Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya ::

Asstaghfirullah hal azim..
Apelah nk jadi dengan dunia sekarang ni..
Bunuh membunuh itu seperti menjadi perkara biasa dalam kehidupan..
Semudah memetik jari dan terus menjadi..
Hmm..
Sedih belakangan ini memikirkan nasib yang menimpa mereka2 yang menjadi mangsa kekejaman orang lain..
Nyawa orang tiada nilai bagi mereka..
Apekah yang menghasut hati busuk mereka ini sehingga mereka bertindak tidak normal seperti ini..??
Dan adakah mereka akan menyesali perbuatan mereka ini setelah menerima hukumannya??
Hmm..
Wallahuaalam..
Dunia2..

Takziah dicapkan kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan juga keluarga 3 lagi mangsa kekejaman tersebut..
Semoga keluarga beliau tabah menghadapi kehilangan ini.
=(

Friday, September 10, 2010

:: Selamat HaRI Raya Aidilfitri ::

Kepada blogger2 sekalian, Cik Alin ingin memohon maaf atas segala salah silap Cik Alin kepada kalian..harap dimaafkan yek..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

:: T.O.T Catur Bistari ::

Apekah T.O.T??
Haa.. ni nak bagitau..
T.O.T tu Training Of Trainer..

Kali ni Cik Alin join untuk permainan Catur Bistari..
Korang pernah dengar x nama permainan ni??
mungkin ade yang pernah, mungkin x..
segalanya mungkin..hehe
permainan ni berasaskan peniagaan secara Islam.






Ni la penceramah jemputan dari Johor Corp, En. Azhar Arifin.

Seronok mendengar olahan beliau!
Setelah selesai mendengar ceramah dan cara2 bermain permainan  ni, kiteorang pn diberi peluang untuk mencuba sendiri permainan yang dikatakan akan membakar semangat setiap pemainnya ketika bermain!

Kelihatan meja telah disusun dan semua banker2 mengambil tempat masing2..

 Ni la board Catur Bistari..
Laluan Merah dinamakan laluan makan gaji..
Laluan Kuning dinamakan laluan tijarah..
dan laluan Pink untuk laluan jihad bisnes..

Start main, mesti kene lalu laluan merah. Then, kumpul harta masing2..
Kalau dah ada rm 30K baru boleh pindah laluan kuning..
Then, boleh beli syarikat masing2..start kat cni income pn start bertambah la..ikot pendapatan bulanan syarikat belian masing2..
Untuk naik ke laluan pink, aset kita mesti da cukup rm1 juta..
hanya jutawan saje yang bole main dekat laluan pink ni..hehe..jangan main2 taw!
kat cni korang dah bole lega dh..sebab mmg syok untuk kumpul aset hingga mencurah2 ke ladang gandum..hehehe..best!
Tapi phm2 la kalau berbisnes ni, ade naik..ade turun...nasib masing2..
Dalam permainan ni hanya dadu yang berbentuk segi 12 saje boleh digunakan..
Baling la sesuka hati anda..hehehe..



Ni pulak contoh penyata pendapatan pekerja..tiap kali tukar laluan, mesti kene tukar borang..
borang ni penting tau untuk tau aliran tunai bulanan korang n nk kira aset bila dah abis main nnt.


see!
ni la antara pemenang2 mase TOT aritu..
mereka antara pengumpul aset terringgi yang berjuta2 tuhh..
Sebagai ganjaran, mereka dapat membawa pulang satu set catur bistari yang berharga RM 89.90!
Ni la set catur bistari.

Selesai sahaja mengikuti TOT ni, kami telah ditauliahkan untuk menjadi jurulatih Catur Bistari.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kelab KKDT, UTHM (Kelab Keusahawanan Dan Tekno) yang mempelawa Cik Alin untuk join permainan ni. Serta tak lupa kepada Johor Corp atas sumbangan sijil diatas.

Beberapa hari lepas TOT ni, Kolej Kediaman Melewar telah menganjurkan pertandingan Catur Bistari Terbuka Melewar.
Cik Alin dengan bersemangatnye nk join. Alhamdulillah dapat juga menjadi salah seorang pengumpul aset tertinggi..tapi xdelah tinggi mane pn. Cume rm14Juta lebih la..xpe, walaupn sedikit, tapi ini permulaan baru bagi Cik Alin dalam dunia catur bistari ni.





Hope dapat join event yang lagi besar lepasni sebab hadiah utama yang biasa diberi ialah sebuah kereta.

Wednesday, September 8, 2010

:: Ku Tetap Memilihmu ::

Biarlah berbagai-bagai persoalan yang bermain dalam mindaku..

Aq tetap memilihmu.
Biarpun hati ini mencuba untuk tidak mengharap berlebih2 kepada makhluk Allah sepertimu,
tapi aq tetap untuk memilihmu.
Biarkan hati dan perasaan ku ini mengunyah serta menelan ape yang datang dan pergi darimu untukku..

 Akan ku tetap memilihmu.
Ku tahu ikatan kita direnggangkan sementara kerana bersebab,
Aq percaya kehendak dirimu akan dirimu..
Ku hanya berserah kepada Dia yang maha Esa..
Semoga ikatan ini kan lebih direstui olehNya..

Aku harapkan dirimu memilihku jua,
InsyaAllah.

Saturday, September 4, 2010

:: 4 September 2010 / Available At Segamat ::

Salam,,
Hari ini 4 September 2010..
Saat yang bahagia apabila kaki telah terjejak kat kampung halaman..
hehe..
bicara lapuk!!
whatever la..asalkan Cik Alin dapat beraya dekat rumah dengan family..
Alhamdulillah..perjalanan dari jam 7 pagi akhirnya sampai umah kul 9 pagi..
Sampai je umah takde orang,...
Senyap!
Ok xpe..
Cik Alin pn terus on9 la..
Layan diri tunggu mereka2 pulang..
Rindu rase dihati..
Ape2 pn, banyak sudah tugasan menjelang raya yang menanti..
Go Alin Go Alin!!
Chow!!!!!