Monday, February 28, 2011

:: Episod sedih ! ::

19 Feb 2011

Episod sedih yang melanda diri Cik Alin ni.
bukan Cik Alin sorang, tapi Jaja jugak.
Even dah lepas, tapi bila dikenang memang meleleh air mata..
Kisah dimana beg duit dengan handphone kami lari dibawa orang..(huhu macam tajuk anak dara lari dibawa orang)
Kejadian berlaku di dalam Masjid Jamek Pasir Gudang, JB..
pegi JB sebab nak tengok Festival Layang-Layang Antarabangsa.
Malas nak cite panjang panjang sebab memang tau salah salah sendiri sebab cuai.
(Sebenarnye memang Cik Alin datang JB semata mata nak bagi dia barang barang sume tu ..tangan ke bahu mata ke atas)
Hammpehh betol !!
Air mata tak tertahan..terus mencurah curah ditempat kejadian.
Orang nak pandang pandangla..
Tapi jangan pegang pegang...hehe
20 minit lepas kejadian Cik Alin telefon pihak bank untuk terminate kad..
tak sangka orang tu laju je dah try my kad bank..
nasib baik la dia try 3 kali xdapat2 bukak..so kad Cik Alin selamat.
Tapi malangnya kad Jaja berjaya dilolosi..
so korang kene beware dengan no pin..jangan guna no ic okay !
memang senang la nak trace kalau guna no ic.
xpasal pasal sume duit lesap !
tentatif lepas solat asar mase tu terus xjadi.
sebab Cik Alin pikir nak balik je.
Alhamdulillah sampai rumah sewa..even hati dah terluka.

Moral Of The Story :
1. Berhati-hati lah dengan orang disekeliling anda.
2. Jangan ingat masjid tempat paling selamat ye !
3. Jenayah ada dimana-mana.
4. Jangan letak no ic sebagai no pin kad bank ye !
5. Jangan cuai !!
6. Kalau nak solat, letaklah barang dihadapan anda ! Even dekat sebelah pn boleh diseluk inikan pulak dekat belakang !

6 comments:

dayangredzuan said...

kite sunat pencuri tu

Cik Alin said...

xmau sunat, potong kasi abis la..HAHAHA

Cik Alin said...

xmau sunat, potong kasi abis la..HAHAHA

boloq said...
This comment has been removed by the author.
boloq said...

kite bakor2

Cik Alin said...

haha..
kamu ler bakor kan..