Thursday, April 21, 2011

Hari ini punye cerita,

Assalamualaikum.

Semalam Cik Alin tido agak lewat. Then bangun pn agak lewat. Thought that I can sleep more hours today but CANNOT !! At 9 a.m Makcik Besah already wake me up. Dalam keadaan sedang lena dulit mimpi indah, tibe-tibe ade 2 orang wanita bertandang. Ouh, nak beli barang SMARTHERBS rupanya. Makcik Besah ni punya la menggelabah kejutkan Cik Alin suruh bangun cepat-cepat. Tapi mula-mula Cik Alin xlayan. Sebab rasa bantal tu lagi best layan. Agak tiga @ empat kali jugak la Makcik Besah tu kehulu kehilir kejut anak dia ni sampai la Cik Alin gagahkan diri membuka mata. Belom sempat nak cuci GIGI, hanya sempat basuh muka 2 kali je sapu air pastu terus amek order then start motor pegi rumah abang amek barang. Dah la aku boleh offer Hajid (my nephew) ikot aku naik motor mase tu. Mata jangan cite la, kalah kak limah.

Dah sampai rumah abang, terus pegi amek barang yg dipesan. Lepastu konpius kejap. Barang ni ade yg dalam kotak, ade yang set gantung, mane satu diorang nak ni ? Alaaaaaa...amek jela semua !! Kalau ikot jumlah yang dipesan ade 10 barang. Disebabkan aku mamai macam hape tah jumlah barang yang aku amek ialah 16. Banyak woo..dah la bawak Ajid. Mane aku nak letak barang-barang ni lak ? Bakul ade 1 je. Tu pn da sumbat budak busuk ni ha. Ahh bawak jela. Tiba2 satu plastik dah koyak. Huarghhhhh..cmne ni ? Plastik ade 3 mase tu. Barang2 berat tu yang ley koyak. Makcik Cik Alin nampak Cik Alin dalam keadaan yang menjanggalkan itu. Cik Alin mintak plastik besar kat dia nak letak barang tu. Tapi dia malas nak cari. Hampehh jek. Then wat keputusan letak je dulu 2 plastik tu kat tepi jalan sebelah rumah makcik tu. Dia kate okay je. HAHA. Then hantar la barang tu balik rumah dulu. Pastu second trip amek barang yang letak kat tepi jalan tu. Kali ni customer tu follow. Wat tebal muka jela letak barang tepi jalan. Nasib bek sempat cover. HAHA.

Dah settle perkara pertama, mesti ada perkara kedua pulak kan. Before that, Cik Alin mandi, gosok GIGI, cuci muka + buat muka senyum depan cermin lame2. Sebab ? Bagi muka nampak lebih segar daripada biasa. HEHE. Took breakfast at 11.20 a.m. Dah ade orang lunch pn at that time kan ?? HAHA. Do I care ? Emm, around 11.30 a.m da kene pegi jemput Aqilah balik sekolah (Pra Sekolah). Hajid asik nak ikot je. Huh, jadi supir bentarr. Lepastu On9 sekejap, sebab nak update PERKIM punye report. Pastu da dekat pukul 1, kene jemput Amira pulak. Supir lagi. Cam biasa Hajid follow lagi. Lepastu amek mase 5 minit membebel dekat Amira sebab balik sekolah COMOT ! Budak darjah 1 memang cmtu kan. HUHU.

Around 2 p.m niat nak hantar Amira pegi sekolah agama pulak tapi cuaca xmengizinkan. Let my Abah bawak dia naik kereta pegi sekolah agama sebab abah pn nak jemput adik aku kat sekolah menengah tu. Then layan Hajid, sambil tgk tv. Then aku terniat nak study pulak. Pegi la bukak buku Engineering Material Selection tu. Study dalam keadaan sejuk sebab waktu tu da hujan lebat + petir + kilat. Hajid dah tido. Aqilah layan mata atas katil Cik Alin dengan adik Cik Alin. So, habis 3 chapter terus tutup mata. Ngantuk seyh bace buku tu. Sumpah !

Dah tertido lebih kurang sejam, Makcik Besah kejut lagi macam pagi tadi. Hadoooo..! Dia suruh tido sebelah Hajid sebab dia nak keluar pegi rumah jiran sebelah. Lagipun sabtu ni jiran Cik Alin nak kawen. So my mom nak pegi tolong la sikit-sikit. Sikit je okay. Sekali lagi Cik Alin gagahkan diri lending sebelah Hajid, tapi sebelah kaki dia la. sebab dia tido posisi salah tu. So, xpasal2 Cik Alin ditendang bertubi-tubi. Ini budak memang suke kenekan saya ! Xpe2..dia masih kecil. Kita perlu bersabar.

Around 5.15 dia dah bangun dulu dari Cik Alin. Sebab dia dengar kereta mak dia dah balik. So, Cik Alin pn bangunla. Sembang2 dengan my kakak ipar, then dia offer satu job untuk jage booth sabtu ni. Wahh ! I loike ! Terus terima offer tu tanpa pikir panjang. Dah la satu booth tapi 2 owner. Dua2 stok Cik Alin kene handle. Xpe, i'll try my best ! InsyaAllah.

Pastu tolong Amira buat keje sekolah dia pulak. Bahasa arab tu. Dah lame tinggal. Nak taknak kene ajar jugak. Xpasal2 Cik Alin bukak google translate untuk cari jawapan. HAHAHA. Pecah tembelang. Pastu mandikan Hajid pulak. Then, baru nak makan untuk lunch. Time makan depan TV Aqilah suka menyibok. Kan dah kene share. hukhukhuk. xpe2, budak kecik. kita kene bersabor.

Pastu dah maghrib Amira nangis-nangis keje sekolah dia xsiap lagi. "Cik Alin, kita xtau buat MATEMATIK ni"...ehh kau ni. aku ingat da siap dah kejenye. Cik Alin pn cek la buku dia. Emm, POLA NOMBOR. Ape benda ni ek. Silibus darjah 1 ni. Pastu dah ingat. Tapi pelik kejap. Ade yang xkene. Then, xpasal2 Amira kene marah sekali lagi. " Kakak salin soalan kat papan hitam x abis kan!! "..dia tunduk angguk. Haa, cmne Cik Alin nak ajar kalau soalan tak ade. "Kakak pegi rumah najmudin sekarang, pegi tanye dia ape cikgu suruh buat!! "Dia pn bla dengan muka selamba pegi rumah jiran sebelah pinjam buku. Then, dia siapkan keje dia tu. Cik Alin cek buku dia lagi. Hmm, ade lagi satu buku dia x siapkan. So, kene la tunggu dia siapkan satu-satu kerja.

Dah siap kene tunggu Ayah dia jemput pulak. Sambil2 tu, kami bosan seketika, Cik Alin tanye Amira, "kakak nak make up x ?" "Nak! " "Jom! "

Selesai menconteng, kelihatan wajah kegirangan timbul dimukanya. HAHAH. Budak2, layankan aje. Pastu ade orang call. Sibok je membe Cik Alin tu nak call2. Tau la kredit banyak. HUAHUAUA.
Xsempat nak padam kan hasil contengan kat muka budak tu, ayah dia pn sampai dalam pukul 10. So, dia balik begitu sahaja.

Selepas kejadian itu barulah Cik Alin berkesempatan untuk mandi. HAHAHA.

HUH! Letih menaip. Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

hahahaha...yg kene share tu x thn...nape x cukup ke??..wawawawa...ptot le mn lg tym kol 11 td....wawawawawa

Anonymous said...

correction - mkn....haish

Cik Alin said...

sbb xcukup la kene makan lagi. wawaa.kau memang kan..cari point aku je !

Anonymous said...

wawawawa...no komen...hahahaha...nk sardin masak lemak 1..wawawawa

Cik Alin said...

pegi la masak sendiri.