Sunday, May 8, 2011

Cuti Semester Kembali + Selamat Hari Ibu !

Assalamualaikum.
Sekarang ni Cik Alin dah jadi student Tahun 2 semester 2.
Paper final exam untuk sem ni telah berakhir pada 6 Mei 2011 yang lalu.
Alhamdulillah..lega. Sebab before ni Cik Alin kira cuti Cik Alin xsampai sebulan pn.
Tapi sekarang bila dah ditambah, ditolah, dan dikamerkan, maka jumlah cuti Cik Alin adelah dalam sebulan lebih. Satu hari pun boleh dikira lebih kan. hehehe

Cik Alin balik Segamat pada hari semalam (7 Mei 2011).
Harini pulak 8 Mei 2011.
Tarikh penting bagi insan yang Cik Alin sayang.

1. Hari Ibu Sedunia !
 Even Hari Ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun, tapi Cik Alin dah bagi hadiah kat mak semalam lagi.
Makcik Besah sukeee! Cik Alin bagi kasut je. Ukuran main agak-agak. Jenis kasut dipilih oleh abang angkat Cik Alin. Hmm..pandainye dia pilih..huhu(muke bangge la tu kalau bace kan ! HAHAH)
Keceriaan diwajah emak jelas terpancar. Dia siap kate, "stemet bajet aku nk beli kasut. Terima kasih daun keladi" HAHAHA..ni anak mak la. bukan anak daun keladi.

2. Hari lahir Ahmad Nurasyam Hajid yang ke 2 tahun.
Birthday amad Cik Alin baru tau semalam sebenarnye. Almaklumla reminder xde. So, hadiah yang kuberikan hanyalah layanan sebagai raja kepadanya. Cakap je amad nak ape Cik Alin cuba tunaikan. Tapi dia mane pandai cakap sangat. Main tunjuk2 je. HAHA.

Semoga emak dan amad sentiasa mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Cik Alin sayang keduanya.

No comments: