Thursday, August 18, 2011

Buat insan bergelar abang.


Assalamualaikum

"can u feel me when i think about u,
with every breath i take,
every minute no matter what i do,
my world is an empty place...."

Mungkin dia tahu entry ini ditujukan kepadanya..

Maaf, kerana hari hari kita kian pudar, tidak ada lagi gurauan suka duka sepanjang hari,
sepertimana yang selalu kita lalui sebelum ini.

Hati ini tidak tergamak untuk memuramkan tiap saatmu,
tapi tiada jawapan pasti kenapa sikapku begini,
bagai hilang erti seorang sahabat apabila dilayan begitu,
membuatmu rasa serba salah tiap hari,
menahan egoku yang semakin meninggi.

adakah kau menyakitiku ?
tidak sama sekali.

aku mendesak untuk jadi begini.
ya, aku memang sengaja dan setiap kesengajaan ku itu ada sebabnya.
aku rimas !
aku bosan !
aku keliru !
tapi itu semua bukan keranamu.

diri ini memohon maaf,
maaf yang mungkin membuatmu memandang sinis kepadaku,
tidak mengapa, aku terima.

tapi dirimu perlu tahu,
aku bukan tanggungjawabmu, bukan orang yang perlu kau tumpu setiap saatmu,
bukan jua pengisi disaat dirimu kekosongan, juga bukan penghibur dikala kau kesunyian.

aku adalah aku.
seorang adik dan kawan kepadamu,
walaupun dirimu telah meletak seribu janji kepadaku,
tapi bagi diriku itu hanyalah atas izin dariNya.

Aku manusia yang tidak suka berjanji,
kerana janjilah manusia itu sakit jika tidak ditepati!

maaf sekali lagi,
aku menanti kehadiranmu disisi,
tidak pula ingin menjauhi dirimu,
setiap kebaikan dan jasamu akan ku kenang,
yang sentiasa segar dalam ingatan.

semoga hari harimu tampil indah,
usahlah membebani pemikiranmu terhadapku,
diriku disini sebaik khabarnya seperti yang dirimu harapkan.

Salam ramadan,

Azlinnorazia Ahmad.

Tuesday, August 16, 2011

Entry Ramadan dan Cuti-Cuti Malaysia xabis lagi.

Assalamualaikum.

2 hb Ogos

Last day puasa dekat Manjung. Sebab malam tu nak gerak balik kampung Dayang dekat Sabak Bernam. Siang tu just kemas-kemas barang, lepak-lepak. Diajak buka dekat hotel. Masyukk ! Sedap3 ! ORCHID INN dekat LUMUT. Thanks pakcik REDZUAN belanja buka kat citu !

Malam pukul 10 gerak balik sabak bernam.
Sebelum tu singgah billion beli Cool Blog ! ngee
Pukul 12 tgh malam sampai la kat kampung. Cik Alin dah set mind nak tido dalam KELAMBU !
Weeee..nenek pasangkan kelambu that time.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 hb Ogos

Lepak kat kampung, main dengan irfan dengan nabila (sepupu dayang). kecik lagi. Irfan sebaya hajid (2 tahun). Nabila umur baru 6 bulan rasenye. Best layan doang. Sebab mereka kanak-kanak riang !

Petang tu nenek  dengan nenek ani (2 nenek tau !) ajak jalan jalan kat bazar  Sungai Besar. Perghhh..memang sangat besar tapi yang peliknye sebesar besar tu xde pun yang jual kerabu perut. Pelik pelik..

Yang paling best sebab ape tau ? Sebab nenek kate nak ape tunjuk je. Nenek bayar. Cik Alin angguk je semua yang ada. hehehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 hb ogos

Hati dah vrooom..vrooommm...vrooommmmmm nak balik SEGAMAT! Gerak pukul 12 tgh hari dari kampung, then pegi singgah hospital Ampuan Jemaah sebab dayang nak amek ubat, then jumpe pakcik dia then terus shoot johor !

Sampai segamat dalam pukul 5, hantar jaja balik rumah dia dulu then kiteorang singgah bazar dekat bandar utama. perghhh..the best part bukan bazar nye. tapi cik alin jumpe satu port baru untuk hang out ! IMPIAN DUNIA..yabedabeduuuu...tu tempat lepak kat BP selalunye kalau nak melalak..hehe. Kat segamat dah ade boleh la ajak abang (abang betol tau) sebab dia suke nyanyi2..hehehe.

then sampai rumah dalam pukul 6. serius rindu kat semua. Xsabar nak berbuka bersama. Ramai + kecoh ! haha

------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 hb ogos

Lepak dekat rumah je. That time hari jumaat kan. kenela jemput budak budak ni balik sekolah. memang syiok jadi ibu bapa sementara ni. tiap kali cik alin jemput mesti kene bawak hajid same2. dia peneman tatkala bosan menunggu. tapi sebenarnye xbosan pun sebab ramai makcik makcik ni ajak bercerita. bercerita bukan bergosip ye..ekekeke...

singgah kedai hajid nak beli gula gula. sampai kat sekolah ade budak perempuan usha dia depan depan. cik alin cakap "kalau hajid gentleman, bagila kat dia"..then dia terus bagi. perghhh..memang gentle la anak sedare aku sorang ni. tapi..tapiikan..mak budak perempuan tu marah budak perempuan tu sebab budak perempuan tu puasa. mane boleh makan gula gula. cik alin buat tak tau je. hehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 hb ogos

Kak inda dengan abang jijul arrived from bangi. Wahh..bertambah isi rumah lagi hari tu. Petang tu ajak kak inda dengan kak kili jalan jalan dekat bandar. cari ape yang patot. yang patot je ! dah jumpe balik la.

masa berbuka tu syiokk. abah ntah kenapa nak main teka teki pulak. layan...

teka teki pilihan cik alin :

abah : sembahyang maghrib sah tak imam bace kuat kuat ??
kiteorang : sah !
abah : mane sah kalau bace "kuat kuat kuat kuat kuat kuat kuat..."
kiteorang : hahahahahahhahahah...

banyak jugak la soalan dari pakcik ahmad tu. tapi teka teki orang lame..layankan aje!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 hb ogos

hari last kat segamat that time. gerak balik parit raja pukul 2 ptg. amek jaja dekat rumah dia then shoot parit raja. dalam pukul 5 sampai. terus pergi bazar beli juadah berbuka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

hmm..bila teringat balik puasa tahun lepas, xpergi bazar langsung kot ! tapi tahun ni oo mak aii..boleh kate hari hari pegi sebab malas nak masak. hmm,, ramadan dulu dah xsame dengan yang sekarang.

=)

Tuesday, August 2, 2011

Ramadan dan Cuti-cuti Malaysia.

Assalamualaikum.

Ramadan datang lagi. Selamat berpuasa wahai Umat Islam di dunia.
Tahun ni Cik Alin sambut awal puasa dekat Manjung, Perak rumah kawan baik Cik Alin, name dia Cik Dayang. Ade follower lagi sorang name dia Jaja...untuk Jaja ni first time dia datang Manjung. Tapi Cik Alin dah second time..haha..baru second je kot...macam dah banyak kali je.

Cuti = 12 hari.
Start Khamis (28 Julai 2011) hingga Ahad (7 Ogos 2011)

Kami telah bersetuju untuk membahagikan cuti-cuti Malaysia ni dengan sebaik mungkin.

28 Julai - 2 Ogos --> Manjung

2 Ogos - 4 Ogos --> Sabak Bernam (Kg Dayang)

4 Ogos - 7 Ogos --> Segamat (Rumah Cik Alin)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 hb tu, kiteorang gerak ke Perak pukul 11.45 pagi. Sampai RnR Seremban pukul 1.35 tgh hari. Rehat jap, solat, minum cool blog then gerak Manjung terus. Berdoa supaya melalui jalan yang sewajarnye, dan Alhamdulillah xsilap masuk highway..kenapa saya berdoa bergitu?? sebab pernah tersesat before ni dan akibatnye lewat sampai ke destinasi. Lepas exit highway, lalu Kuala Selangor. Sampai je Sabak Bernam, kereta oren buat hal. Merajuk kot. Dengarnye, altenator kong ! Haishh...dugaan, Kereta berhenti ditepi jalan. Nasib baik stuck kat area kg dayang je, so roger la pakcik dia (maman eli). Tunggu maman sampai, pastu kereta oren diangkat "tow land rover"..haaa..klasik tu pakai land rover lagi..dengarnye tow truck yg baru, baru je eksiden sebab kejar keta eksiden..ehh,,macam macam laaa... Maman kata dia nak antar terus balik Manjung. Wah naik vios pulak la. Akhirnye sampai Manjung dalam pukul 7.15 ptg. Alhamdulillah.


Kereta Oren diangkat Tow Land Rover

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

29 Julai umi dayang ajak pegi Pulau Pangkor. Wahh..manyak syiokk. Tiket feri dewasa RM 10 (pergi dan balik), kanak kanak pulak RM 5 (pergi dan balik). Yang pergi mase tu Cik Alin, Dayang, Jaja, Umi, Abang Chik, Ijoi n baby (adik adik dayang). Gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi, kiteorang naik jeti kat Lumut. Dekat je dengan rumah Dayang. Perjalanan mengambil masa selama 25 minit untuk sampai ke Jeti Pangkor.

Sampai je terus sewa van kaler pink. Then drop dekat Teluk Nipah sebab kat sane je boleh mandi manda. Tapi sayangnye, Pangkor is under renovation. Banyak kedai kedai yang menjual cenderamata dan barang barang lain tutup. Sampaikan tempat nak salin baju pun xde. Terpaksalah cari homestay yang boleh consider nak bagi tukar baju satt...hehe. Mandi manda bermula, dan biasalah kalau dah jumpe pasir mesti nak buat istana. Tapi kali ni nak buat Istana Cinta la pulak.

Mereka mereka ini sangat dengki hingga berebut rebut nak robohkan hasil yang tak seberapa tu. Haha..robohkanlah, xheran !

Umi bawak bekal bihun goreng..emmm..sedap!! ditambah dengan karipap yang dikelim oleh jaja n dayang malam semalamnye, cik Alin xreti kelim karipap. xreti...heeeee.

Lepas mandi, tukar baju, then tahan van kaler pink lagi. Nak balik jeti Pangkor semula. Sampai jeti, singgah beli ole ole sikit. Untuk anak sedare kesayangan. hehe. Then naik feri dalam pukul 2.45 petang. Kemudian terus shoot pulang ke rumah.

FYI, semuanya disponser oleh Pakcik Duan! Thanks a lot!



Thanks dayang buatkan yang ini !!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

30 Julai 2011, kene hantar Ijoi pergi pertandingan mewarna dekat MPM (Majlis Perbandaran Manjung). Ada pesta buku kat sane. Tapi malangnye ijoi xdapat join  contest tu sebab lewat sedikit. Huhu. Nak pujuk bawak je gi jalan jalan. Beli aiskrim, beli cool blog..pastu dapat call yang kereta dah boleh amek kat kg. So dayang terus ajak pergi balik kg kejap amek kereta oren. Abang chik drive. Macam dekat je kg tu ek. ahaha. Sejam setengah jugak la. Sampai kg dalam pukul 6.50 petang. Lepak lepak umah embah, sembang sembang, gosip gosip, lepas maghrib balik manjung semula. Haha..kalau family Cik Alin kompem xbagi punye jalan jauh cmtu. Tapi jiwa remaja, ape pon bole setel ! Sampai manjung dalam pukul 9.50 malam, ajak Rijal n Fairuz kawan sekolah dayang dulu lepak mcd. Cik Alin nak sangat makan ayam goreng. Tak tahu kenapa. Dah dapat perghhh..kenyang..superb kenyang! Then balik rumah, tido !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

31 Julai duduk rumah je. Salah satu aim Cik Alin datang manjung ialah nak makan char kue tiaw dekat dalam base. Tapi xkesampaian sebab kedai tu tutup pulak. Tapi x menjadi masalah sebab tukang masak kat kedai tu jiran sebelah rumah dayang je. So, kebetulan pagi tu dayang tegur jiran dia cakap "kawan kita dari johor nak makan char kue tiaw tapi kedai tutup". Hahha..Cik Alin dengar dari jauh je sambil  gelak. Makcik tu kata petang nanti ok. Wahh..xsabar tunggu petang. Dalam pukul 6 jiran dayang dah roger. Wahh semangat la Cik Alin ade orang nak jamu makan Char kue tiaw free free je k! Cik Alin makan 2 pinggan je. HEHEHE. Alhamdulillah aim tercapai !

Malam pulak umi dayang masak ketam dengan udang. Perghhh..sedapnye membedal makanan laut!
Lepastu along(akak sepupu dayang ) ajak makan ketam kat rumah dia pulak. Ya Allah, memang x tolak la. Tank ade space lagi. Makan ketam tomyam pulak kat rumah along. Yummy !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Julai, puasa start. Sahur pukul 4.30 pagi. Tunggu subuh, solat then tido. Bangun je alamak,..hehehe. Dah terang sangat sangat. Lepak dalam bilik je. Tengok movie, main game, online. Tak tau nak buat ape. Pukul 6 pegi bazar dekat dengan Billion. Beli kerabu perut, ayam bakar, kuih muih, air kelapa. Sedap3. Makan sampai kenyang bila waktu berbuka dah masuk. Lepas isyak keluar jap beli Cool Blog. Teringin. Pastu jalan jalan kat tesco. Umi cakap lepas kerja dia nak masak then dia ajak jalan jalan kat gerbang malam. ape tu ? Macam pasar malam la jugak. Tapi xramai orang. So, cam xbeli ape ape pon. Just tengok tengok dan balik. Then lepak dalam bilik lagi sambil online dan start update belog ni. Haaahhh..esok punye cerita nanti Cik Alin sambung kat next entry.
Ngantuk suda..dah pukul 3.35 pagi ni. Ade sejam lagi untuk sahur. Kawan kawan jom tido!!