Tuesday, August 2, 2011

Ramadan dan Cuti-cuti Malaysia.

Assalamualaikum.

Ramadan datang lagi. Selamat berpuasa wahai Umat Islam di dunia.
Tahun ni Cik Alin sambut awal puasa dekat Manjung, Perak rumah kawan baik Cik Alin, name dia Cik Dayang. Ade follower lagi sorang name dia Jaja...untuk Jaja ni first time dia datang Manjung. Tapi Cik Alin dah second time..haha..baru second je kot...macam dah banyak kali je.

Cuti = 12 hari.
Start Khamis (28 Julai 2011) hingga Ahad (7 Ogos 2011)

Kami telah bersetuju untuk membahagikan cuti-cuti Malaysia ni dengan sebaik mungkin.

28 Julai - 2 Ogos --> Manjung

2 Ogos - 4 Ogos --> Sabak Bernam (Kg Dayang)

4 Ogos - 7 Ogos --> Segamat (Rumah Cik Alin)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 hb tu, kiteorang gerak ke Perak pukul 11.45 pagi. Sampai RnR Seremban pukul 1.35 tgh hari. Rehat jap, solat, minum cool blog then gerak Manjung terus. Berdoa supaya melalui jalan yang sewajarnye, dan Alhamdulillah xsilap masuk highway..kenapa saya berdoa bergitu?? sebab pernah tersesat before ni dan akibatnye lewat sampai ke destinasi. Lepas exit highway, lalu Kuala Selangor. Sampai je Sabak Bernam, kereta oren buat hal. Merajuk kot. Dengarnye, altenator kong ! Haishh...dugaan, Kereta berhenti ditepi jalan. Nasib baik stuck kat area kg dayang je, so roger la pakcik dia (maman eli). Tunggu maman sampai, pastu kereta oren diangkat "tow land rover"..haaa..klasik tu pakai land rover lagi..dengarnye tow truck yg baru, baru je eksiden sebab kejar keta eksiden..ehh,,macam macam laaa... Maman kata dia nak antar terus balik Manjung. Wah naik vios pulak la. Akhirnye sampai Manjung dalam pukul 7.15 ptg. Alhamdulillah.


Kereta Oren diangkat Tow Land Rover

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

29 Julai umi dayang ajak pegi Pulau Pangkor. Wahh..manyak syiokk. Tiket feri dewasa RM 10 (pergi dan balik), kanak kanak pulak RM 5 (pergi dan balik). Yang pergi mase tu Cik Alin, Dayang, Jaja, Umi, Abang Chik, Ijoi n baby (adik adik dayang). Gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi, kiteorang naik jeti kat Lumut. Dekat je dengan rumah Dayang. Perjalanan mengambil masa selama 25 minit untuk sampai ke Jeti Pangkor.

Sampai je terus sewa van kaler pink. Then drop dekat Teluk Nipah sebab kat sane je boleh mandi manda. Tapi sayangnye, Pangkor is under renovation. Banyak kedai kedai yang menjual cenderamata dan barang barang lain tutup. Sampaikan tempat nak salin baju pun xde. Terpaksalah cari homestay yang boleh consider nak bagi tukar baju satt...hehe. Mandi manda bermula, dan biasalah kalau dah jumpe pasir mesti nak buat istana. Tapi kali ni nak buat Istana Cinta la pulak.

Mereka mereka ini sangat dengki hingga berebut rebut nak robohkan hasil yang tak seberapa tu. Haha..robohkanlah, xheran !

Umi bawak bekal bihun goreng..emmm..sedap!! ditambah dengan karipap yang dikelim oleh jaja n dayang malam semalamnye, cik Alin xreti kelim karipap. xreti...heeeee.

Lepas mandi, tukar baju, then tahan van kaler pink lagi. Nak balik jeti Pangkor semula. Sampai jeti, singgah beli ole ole sikit. Untuk anak sedare kesayangan. hehe. Then naik feri dalam pukul 2.45 petang. Kemudian terus shoot pulang ke rumah.

FYI, semuanya disponser oleh Pakcik Duan! Thanks a lot!




Thanks dayang buatkan yang ini !!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

30 Julai 2011, kene hantar Ijoi pergi pertandingan mewarna dekat MPM (Majlis Perbandaran Manjung). Ada pesta buku kat sane. Tapi malangnye ijoi xdapat join  contest tu sebab lewat sedikit. Huhu. Nak pujuk bawak je gi jalan jalan. Beli aiskrim, beli cool blog..pastu dapat call yang kereta dah boleh amek kat kg. So dayang terus ajak pergi balik kg kejap amek kereta oren. Abang chik drive. Macam dekat je kg tu ek. ahaha. Sejam setengah jugak la. Sampai kg dalam pukul 6.50 petang. Lepak lepak umah embah, sembang sembang, gosip gosip, lepas maghrib balik manjung semula. Haha..kalau family Cik Alin kompem xbagi punye jalan jauh cmtu. Tapi jiwa remaja, ape pon bole setel ! Sampai manjung dalam pukul 9.50 malam, ajak Rijal n Fairuz kawan sekolah dayang dulu lepak mcd. Cik Alin nak sangat makan ayam goreng. Tak tahu kenapa. Dah dapat perghhh..kenyang..superb kenyang! Then balik rumah, tido !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

31 Julai duduk rumah je. Salah satu aim Cik Alin datang manjung ialah nak makan char kue tiaw dekat dalam base. Tapi xkesampaian sebab kedai tu tutup pulak. Tapi x menjadi masalah sebab tukang masak kat kedai tu jiran sebelah rumah dayang je. So, kebetulan pagi tu dayang tegur jiran dia cakap "kawan kita dari johor nak makan char kue tiaw tapi kedai tutup". Hahha..Cik Alin dengar dari jauh je sambil  gelak. Makcik tu kata petang nanti ok. Wahh..xsabar tunggu petang. Dalam pukul 6 jiran dayang dah roger. Wahh semangat la Cik Alin ade orang nak jamu makan Char kue tiaw free free je k! Cik Alin makan 2 pinggan je. HEHEHE. Alhamdulillah aim tercapai !

Malam pulak umi dayang masak ketam dengan udang. Perghhh..sedapnye membedal makanan laut!
Lepastu along(akak sepupu dayang ) ajak makan ketam kat rumah dia pulak. Ya Allah, memang x tolak la. Tank ade space lagi. Makan ketam tomyam pulak kat rumah along. Yummy !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Julai, puasa start. Sahur pukul 4.30 pagi. Tunggu subuh, solat then tido. Bangun je alamak,..hehehe. Dah terang sangat sangat. Lepak dalam bilik je. Tengok movie, main game, online. Tak tau nak buat ape. Pukul 6 pegi bazar dekat dengan Billion. Beli kerabu perut, ayam bakar, kuih muih, air kelapa. Sedap3. Makan sampai kenyang bila waktu berbuka dah masuk. Lepas isyak keluar jap beli Cool Blog. Teringin. Pastu jalan jalan kat tesco. Umi cakap lepas kerja dia nak masak then dia ajak jalan jalan kat gerbang malam. ape tu ? Macam pasar malam la jugak. Tapi xramai orang. So, cam xbeli ape ape pon. Just tengok tengok dan balik. Then lepak dalam bilik lagi sambil online dan start update belog ni. Haaahhh..esok punye cerita nanti Cik Alin sambung kat next entry.
Ngantuk suda..dah pukul 3.35 pagi ni. Ade sejam lagi untuk sahur. Kawan kawan jom tido!!

No comments: