Monday, February 28, 2011

:: Episod sedih ! ::

19 Feb 2011

Episod sedih yang melanda diri Cik Alin ni.
bukan Cik Alin sorang, tapi Jaja jugak.
Even dah lepas, tapi bila dikenang memang meleleh air mata..
Kisah dimana beg duit dengan handphone kami lari dibawa orang..(huhu macam tajuk anak dara lari dibawa orang)
Kejadian berlaku di dalam Masjid Jamek Pasir Gudang, JB..
pegi JB sebab nak tengok Festival Layang-Layang Antarabangsa.
Malas nak cite panjang panjang sebab memang tau salah salah sendiri sebab cuai.
(Sebenarnye memang Cik Alin datang JB semata mata nak bagi dia barang barang sume tu ..tangan ke bahu mata ke atas)
Hammpehh betol !!
Air mata tak tertahan..terus mencurah curah ditempat kejadian.
Orang nak pandang pandangla..
Tapi jangan pegang pegang...hehe
20 minit lepas kejadian Cik Alin telefon pihak bank untuk terminate kad..
tak sangka orang tu laju je dah try my kad bank..
nasib baik la dia try 3 kali xdapat2 bukak..so kad Cik Alin selamat.
Tapi malangnya kad Jaja berjaya dilolosi..
so korang kene beware dengan no pin..jangan guna no ic okay !
memang senang la nak trace kalau guna no ic.
xpasal pasal sume duit lesap !
tentatif lepas solat asar mase tu terus xjadi.
sebab Cik Alin pikir nak balik je.
Alhamdulillah sampai rumah sewa..even hati dah terluka.

Moral Of The Story :
1. Berhati-hati lah dengan orang disekeliling anda.
2. Jangan ingat masjid tempat paling selamat ye !
3. Jenayah ada dimana-mana.
4. Jangan letak no ic sebagai no pin kad bank ye !
5. Jangan cuai !!
6. Kalau nak solat, letaklah barang dihadapan anda ! Even dekat sebelah pn boleh diseluk inikan pulak dekat belakang !

Friday, February 4, 2011

:: Happy Birthday Makcik Besah ! ::

Assalamualaikum.

3 Feb 2011

Happy Birthday kepada emak tercinta.
Puan Shapiah Binti Atan
atau lebih glamer dengan nama Makcik Besah.
haha
glamer ke mak aku??

Btw Happy Chinese New Year juge kepada semua kaum Cina di Malaysia ni.
Ape ape pun kita tetap 1 Malaysia !


Ucapan ringkas untuk mak :

"Alin sayang Mak ! Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yang ke-16..ehh bukan..61. hehe
begurau..Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati hidup, sentiasa disisi kami sekeluarga, setia melayan kerenah anak anak dan cucu cucu, dan setia menyayangi kami sekeluarga. 
Kami semua sayang mak. "

Saya anak ke - 8 Makcik Besah..hehe !

SAYA SAYANG MAK SAYA !

Thursday, February 3, 2011

:: Terkam Wonderland ! ::

Assalamualaikum

29 Januari 2011

Cik Alin sekeluarga buat Family Day dekat Wonderland Melaka.
Sebelah Taman Botani je.

Gerak dari rumah pukul 8.45 pagi.
2 kereta gerak dulu.
Cik Alin gerak last sebab tunggu kereta ketiga ambil Cik Alin kat uma..sebab Cik Alin offer nak kunci rumah sebelom pergi. hehe
Pukul 9 pagi baru la driver Cik Alin sampai.
Wahhh..tak ku sangka naik kereta baru rupenye.
Hahaha..suke3!

Sampai melaka around pukul 10.30..
Park kat wonderland dalam kul 11..
sampai je sana Cik Alin terus keluarkan prop yang Cik Alin beli semalamnye..hehe.
Saje beli sebab da tau ade DSLR..hehehe.

Tunggu kak yani beli tiket, (xtau berapa sebab xkene bayor and xmintak dibayar pun) hehe
masuk je terus start snap2 !
 kanak-kanak sentiasa mendahului kalau aktiviti begini kan !
Bukti kukuh Cik Alin berada di Wonderland ! HAHA

Dapat port terus letak barang, and terjunn !
As usual la, kanak-kanak memang suke mendahului !

Cik Alin take time snap pic dulu..bagi chance yang "muda-muda" main air.
Lepastu ape lagi, terkam la !



berkuak ehh, menguakk ehh, ape2 jela..asalkan dapat main air !

tengah2 main air tu, Cik Alin dengar announcement ade maskot datang !
Cik Alin buat xtau je..
Rupe-rupenye mereka-mereka ni pergi terkam maskot2 tu..
Ishhh !
Dah r xngajak !
Tau-tau je kamera da kene bawak lari..



 takpe takpe xjeles punn !

Kat first stage Cik Alin main gelongsor je.

Ini skuad pendengki. mentang mentang gelongsor ni gelap, mereka menjerit2 memanggil mangsa. HAHA

Second stage, main next gelongsor pulak.

 Azlan, Azlin, Hazri. Lumba Lumba !
 Kejayaan semakin teserlah !
Hoyeahhhh ! Cik Alin winnn !!

Haha. Banyak syiokk main ini gelongsor. Dua kali naik sebab first naik xde photographer. Kali kedua naik baru abang jijul snap kan ! TQ.

Sambil kami main air, parents dan orang2 tua yang lain hanya melepak di cafe.
ujan woo..
Ops! yang muda pun ade yek.HEHE

Lepastu Cik Alin turun balik kat first stage sebab anak anak sedare Cik Alin suruh temankan main gelongsor.
Huh..layankan aje !
Rupe rupenye tengah tengah syokk main gelongsor bawah tu, ade la abang abang Cik Alin ni main kat atas xmengajak ! Hishhhh




tengok lah wajah wajah kegirangan mereka !

Third stage, main kat ombak buatan pulak.


Cik Alin bersama anak anak.

Hari da semakin petang. Ketua tiup wisel suruh naik naik. HAHA
Orang orang tua pun dah lapar nak makan. 
Penat tunggu kiteorang main.

Naik atas semula, Cik Alin pose kejap.


hehe..try try.

then tukar baju.
Gerak ke Taman Botani.

lompat tinggi sebenarnye tu. tapi photographer lambat snap.HAHA

Membuka bekalan yang dibawa dari rumah.
Tengah bukak bekal bekal sume tu, tibe tibe makcik besah kata :
"agak nasi kau tak bawak ye!"
HAHA
lauk banyak, nasi xbawak.

abah xmakan kalau xde nasi.
spagetti pun dia xlayan.
then, abang jijul dengan kak yani pegi cari nasi kat luar.
kiteorang ni makan je ape yang ada.
Cik Alin cam biasa main kamera je.





HAHA. Comel la mereka mereka ni.

Jage jage. mereka mereka ni suka usha orang.

Ni ade lagi yang comel comel.


Ahh, comel pulak yang ni? 

Habis makan, siap siap berkemas.

Mak, abah, abg man, kak yani, amira, aqila, hajid, utih, & pak utih pulang terus ke segamat.

Cik Alin, alan, ical, abg jijul, kak inda, kak kili, kak in, abg kamal, abg an, kak diasa, nazrul, fazreen, farisha, fahmi, hazri, hakim, haziq, najiha gerak ke Muar. Tido sane.

Hehe tu je kisah terkam buat kali ni.