Friday, November 23, 2012

KONVOKESYEN UTHM 2012


Assalamualaikum.



Pre- Convo


4 Nov 2012 ~ Diploma in Mechanical Engineering Convo Done ~ Alhamdulillah

Sunday, October 7, 2012

21 FOR ME

Assalamualaikum.

Tanggal 7 Oktober 2012,
genaplah umur Cik Alin kepada angka 21.

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan diberi kenikmatan hidup oleh Allah.

Tapi pada hari ahad yang indah ni jugak la Cik Alin kene siapkan assignment. Dah buat appointment dengan seorang usahawan tempatan di Segamat. Kene temu ramah beliau di kedai / syarikat beliau (PAU PUTRA).

Alhamdulillah jugak, sesi temu ramah berjalan dengan lancar. Yang menjadi tulang belakang untuk menyiapkan tugasan ni ialah akak Cik Alin , kak kili. Terima kasih banyak-banyak sebab dia yang handle kan semua appointment, dia jugak yang bagi cadangan untuk temu ramah kawan dia ni. Terima kasih jugak dekat kawan baik @ anak saudara, farhan yang sudi meneman Cik Alin pegi buat temu ramah dan jadi cameraman tadi. hehe. Thanks a lot guy!


Di hadapan kedai kek :D

Tanpa disedari, rupanya Kak Kili siap tempah kek dengan owner kedai ni. Wahh really2 appreciate even before sampai kedai ni kak kili ada tanya,
"kau suke warna pink x?"
dengan selamba nye menjawab,
"eee..TAK SUKE"

and FINALLY....

she bought me THIS !

Strawberry Cheese
Ya Allah, cantiknye kek ni. Teringat pertanyaan dia pasal warna tu, mungkin buat dia kecik ati, tapi bile tengok kek ni, terus menunjukkan muka yang sangat puas hati dan terharu. Tak bermakna saya xsuke warna pink, tapi saya xmakan. Strawberry is one of my favourite fruit ! Terima kasih banyak-banyak kak kili.
 :')



This is the first hadiah yang Cik Alin dapat pagi tadi. Selain ucapan dari kawan-kawan, ni la salah satu pemberian yang Cik Alin takkan lupe sampai bila-bila. Terima kasih farhan sbb sudi bagi hadiah. Mase birthday kau aku xbagi pape pun selain wish kan :(

Terima kasih Farhan

My beautiful day is everyday. But my wonderful day is when everyone wish for our blessed. Terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih abang, terima kasih akak, terima kasih adik, terima kasih kawan-kawan.

Semoga hidup kita semua diberkati Allah. Aaaminn InsyaAllah :D



Sunday, September 30, 2012

Welcome Back :)


Assalamualaikum.

Hai, lamenye xupdate !
Kannnnn....

Raya xwish pun... raya dh habis pun.. ekekeke..

Sekarang tiba masanya nak bercerita tentang kehidupan yang baru semula.
Alhamdulillah, Cik Alin berjaya menjejakkan semula kaki ke bumi Parit Raja, Batu Pahat.
Sekali lagi menjejakkan kaki ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
I LOVE UTHM OK ! hehehe

Tanggal 2 September, hari mula-mula daftar sebagai pelajar DEGREE, dah x kekok sebab dah biase kann.
Sampai Parit Raja dalam jam 1 petang. 1.30 petang gerak masuk U.
Pendaftaran start jam 2 petang.
Bajet nak jadi antara yang terawal la kan.
Padahallllllllll....

Sampai je kat U, HAAAAA.... ramainyeee... sukenyeee...
Cik Alin cepat-cepat suruh akak parking. Dah la eskot 2 kereta.
Mak abah dah bising-bising sebab biase la dah ramai kan. Takot lambat settle.

Dapat je parking, Cik alin laju-laju jalan pegi dewan pendaftaran. Dekat DTII je.. parking kat belakang DTII, so pandai la nk shortcut ikot mane kan.
Abah pulak semput, xboleh nka jalan laju-laju sangat.
Takpe, bukan mereka yang nak mendaftar.Terus tinggalkan diaorang.

Sampai je depan DTII, kene ambil fail ikut Fakulti pulak. lepastu susun, semak, kepilkan, baru boleh ambil nombor giliran. Sekarang trend pakai nombor giliran je.
Cik Alin dapat nombor 1721 mase tu. Haaa..dan beribu yang mendaftar tau. Dalam surat tulis jam 2 baru start daftar, ni mungkin ade yg sesudah subuh dah terpacak depan UTHM. hAHAHA

Alhamdulillah xdelah lame sangat nak tunggu giliran tu.Masuk je DTII, duduk kejap, serah borang, dah settle, ambil gambar untuk kad matrik, lepastu last pergi kaunter IEM.
Ape tu IEM?
haa.. IEM tu Institute of Engineer Malaysia. Hee saya dah mendaftar sebagai student IEM. Pelajar degree yang ambil engineering kene daftar IEM. Dan UTHM merupakan salah satu universiti yang mendaftar dengan IEM.
Kalau xsilap, mase taklimat haritu, student UTHM kalau daftar dengan IEM, valid 5 tahun. Universiti lain valid 2-3 tahun je.
Masa ambil kad IEM tu, dengan semangatnya kakak tu cakap. "Tahniah, insyaAllah satu hari nanti kamu akan jadi IR"

Aaaminnn InsyaAllah. Itu satu doa. Doakan ye kawan-kawan.

Habis dekat kaunter IEM, maka selesailah sesi pendaftaran sebagai pelajar di UTHM. Tapi xboleh nak relax lagi. Terus cari family. Diaorang lepak dekat masjid lama UTHM. Kesian mereka, muka masing-masing letih je. Kecuali hajid, aqila dengan amira.
Masing-masing sibok main kejor-kejor.

Cik Alin suruh dioarang semua gerak ke kolej kediaman pulak. Masa tu dah jam 3.30 petang.Kene daftar kolej pulak.
Ada rasa xpuas hati jugak sebab pelajar perempuan mekanikal semua dicampakkan ke kolej luar. pelajar lelaki duduk kolej kediaman dalam kampus.hissssshhh hissshhh hishhhh..
Tapi ada satu spirit yang buat cik alin kate xpe. hehehehehe.. Nama kolej saya KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA. Haaa PERWIRA tau.. Kolej kediaman askar...ekekeke... Ramai palapes duduk dalam kolej ni. Sebab tu terasa semangat sikit dengan perkataan PERWIRA tu. HAHA
Lepastu slogan KOLEJ PERWIRA sekarang 'PERWIRA DIHATIKU'...ekekeke.. lagi suke....haha.. layann !

Dapat bilik aras 3. Memang suke. Exercise ! Yeayyy..misi untuk menurunkan berat badan bermula !

Sekarang ni dah 4 minggu berada disini.Semakin hari semakin suke.
Kalau dulu, nak ke kelas ada driver. Kelas lagi 10 minit baru gerak. Sekarang dah xboleh. Kelas lagi sejam dah kene rushing siap-siap naik bas. huhu.
Heee jangan marah dayang n jaja. Jasa korang xkan aku lupa. Korang jangan risau aku kat sini. Korang xde, lagi ramai driver aku. Sume bawak limosin COLOURPLUS. Besar kan kereta aku sekarang.
Alhamdulillah rezeki. HEHEHE.

Pasal pendaftaran subjek, Cik Alin dapat transfer 31 jam kredit je. Ade 3 subjek kene ambil sebab xlepas. Kalau nak transfer at least, C. Tapi 3 subjek tu C- pulok. Huwaa..xpe. 3tahun je kat sini. Same je dengan member2 yang lain.
Xdenye pelajar mekanikal batch Cik Alin dapat transfer sampai jadi 2 tahun setengah.

Kawan-kawan yang sudah bekerja tu, kerja elok2 ye. Especially Dayang n Jaja. Aku paling rindu dengan korang. Kadang-kadang aku rasa blur bile keseorangan. Sekarang ni aku membayangkan korang ade dekat dengan aku. Even kita jauh, tiap2 hari kita contact kan. Keep in touch !
Korang pun kene capai target jugak. All the best my dear !

Now, fokus kepada hal masing-masing. Cik Alin akan cuba sedaya upaya untuk berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerjaya yang bagus pada masa akan datang. Bagitu juga dengan kawan-kawan seperjuangan yang lain.

Aminnn.. InsyaAllah. Doakan ye kawan-kawan :)

Saturday, August 11, 2012

Acai Berry :*

Acai Berry

Assalamualaikum

Harini nak cerita pasal satu produk diet supplement.

Name produk ni Acai Berry.

Cara makan dia mudah, satu biji sehari, makan 30 minit sebelum sarapan.

Kalau makan time puasa, make sure 30 minit sebelum sahur atau sebelom tido tu makan je sebiji.

Cik Alin nak try diet tapi guna supplement.

Membe dah buat testimoni pada diri dia, and berjaya !

So rasa terpanggil nak try jugak even dalam hati still 50-50.

Bile dah tgk perkembangan membe yang semakin mengecik itu, Ya Allah sikit jeles la. Tapi bukan jeles yang amat. Sebab tau yang kejayaan itu bergantung pada usaha seseorang. Takkan nak mengharap pada supplement je tapi xde usaha nk kurus. Makan membabi buta. Haa amek kaw! Haha

Kebetulan, ade jumpe satu page ni. 


Dan kebetulan lagi satu dia buat promotion that day.

Ape lagi serangggg !!

Tapi xberani serang sorang sorang, then tibe2 mengajak seorang pakwe join sekali.
(bukan pakwe saye, tapi kalau dah xde orang nak kat saya, saya suruh dia minang saye hahak)!

Mula mula nak try tu rase macam, ehh boleh ke ni?

Hmm boleh kot... kot laa..

Pastu membe yang start dulu, before that kiteorang dah tau berat masing2 berape..

Tapi malas nk mention kat sini sebab malu.

*still overweight tapi bukan obesiti ye !!

Bile dah makan dalam seminggu dua, xde rase pape pn sebenarnye. Cuma ade satu perubahan pada diri iaitu kerap membuang air kecik dan besar. Tapi Cik Alin still makan cm biase. Sbb dia xcakap pn xleh makan cm biase kan. HAHA. Tapi kene banyak minum air la. Haa that time memang satu hari at least 1 liter air kene telan. Botol air ade je bawak kemana-mana.

Lepastu.....

Cik Alin ajak la pakwe ni pegi buat medical check up sesame.. heee.
Sebab kiteorang nak masuk universiti kene buat medical check up la dulu kannn...
Kebetulan waktu pegi wat medical check up tu dah SEBULAN kiteorang try acai berry ni.

Time pegi timbang tu masing2 tadah tangan doa dulu, jampi kiri kanan, pastu baru naik atas timbang. HAHA.

And!!!

That time jugak menjerit dalam hati sebab berat Cik Alin turun 5 KG !

WOW! I feel amazing. Because, xsenam pun. Setakat sapu2 sampah dalam umah je. Makan cam biase je pun. 

But the result make me feel ALHAMDULILLAH..syukur!

Lepastu tunggu pakwe ni pulak timbang. Haa same la tadah tangan, jampi2..haha.

Bile dia naik, jarum timbang tu patah..hahaha.. TIPUUU JE!!
Bile dia naik, haaaa 10 KG turun tauuuu !!
Wa jeles sama lu bro !!!!

Dia punye excited sampai rase nk terbang terbang diawangan je..hahaha.

Terus mesej akak yang jual acai tu and bagitau result kiteorang. Alhamdulillah dia sangat hepi. Siap update kat FB. huhuhu.. terharu..Thanks akak aida.
Semoga bisness anda bertambah maju dan maju :D


Update sal kiteorang. Kiteorang terus like! HAHA

Monday, August 6, 2012

Fall in Love with FELT for a while :D

Assalamualaikum.

Enrty ni baru hari ni dapat ditaip disebabkan hari ni baru datang mood menaip. 
Heee hee..

Kali ni nak cerita pasal kain FELT.

Ape tu KAIN FELT?

Nak tahu tekan sini.

So, achaner Cik Alin leh terjebak dengan bende alah ni?

Haa.. sebab ade la satu ketika itu dimana saya mengofferkan diri untuk membantu kawan berniaga di Dataran Segamat. Niaga ape? Haa jual brooch yang pakai kat tudung tu. Brooch tu semuanya dibuat dengan kain felt. Ada macam2 bentuk. Nak tengok sila lawat kedai bos saya ni. Hehe


So, ada mase kat umah ni TERrajin buat bende alah ni pulak..

Siap dapat order lagi..kahkahkah.


Love Pillow Sdn Bhd :P

Keychain nama :D
Haa yang ni ade orang tempah. Bantal saiz A4. Alhamdulillah siap jugak.

1

2

3

Last but not least ...

I've made it by myself !

Handbag... Kau ada?

Handbag Purple berbatu batu dan bertali dandan. Hahaha

Banyak lagi keychain tapi malas nk upload sbb xnak la riak sangat..hahahahha..

Korang cubela. 

Wednesday, July 25, 2012

Abang sayang Adik

Assalamualaikum

Rindu dekat abang yang berada nun jauh disana..

Di mana?

Jubail, Ash Sharqiyah.. kat Arab Saudi lerr..

Sebelom Cik Alin berjuang bulan 9 ni..

Terfikir macam mana nak dapatkan penaja-penaja rasmi untuk tampung study dengan perbelanjaan harian ni?

Kita tak pandai, nak apply biasiswa rasa macam tak layak jeeee...

So, try guna medium FB...ekekeke..


Nak tau dia respon ape? Haaaa...


Haa..bace yang first skali tu..

Nampak tak? Permohonan diluluskan.. hahahaha

Tapi ade lagi ..

Ade bau2 tak puas ati pulak bila cik alin bace komen membe sorang ni




Perghhh.. apis nak bagi moto kat icai... ni boleh jadi kes amuk ni.. hahaha...

Ehh, korang jangan cakap cik alin mengambil kesempatan dalam kesempitan lak,

memang abang cik alin dah janji nk tolong.. kat fb tu saje2 je remind kat dia.. ekekeke...

Miss u much bro !

Monday, July 23, 2012

Kawan..fahamkan ini.

Assalamualaikum.

Aku ingin berkongsi isi hati ini.
Bacalah jika mahu,
andai diri ini tersilap,
maafkanlah..aku hanya ingin berkongsi.

Kawan ada disekeliling kita
tak kiralah dah lame kawan ke, baru 5 minit tadi kenal ke, itu semua kawan.

Kawan juga manusia
sama seperti kita yang saling memerlukan kawannya disaat suka dan duka.
Kawan sebagai peneman, tempat kita meluahkan rasa, dan kadangkala kita sering berbalah dengannya.

Hmm
Ape yang aku rasakan semasa berkawan?
1001 rasa aku dah telan

Bila dah berkawan,
secara automatik kita akan bergembira dengannya,
saat tu kita mula mengenali orangnya,
kebanyakannya saat gembira hanya dikongsi dengan kawan
tapi bila kita bersedih, ada kawan yang masih disisi, dan ada juga yang lari kerana tak sanggup mendengar derita hati ini.

Aku suka berkawan
tapi kenapa ade sesetengah orang susah nak dibuat kawan?
hmm adakah mereka memikirkan darjat?
haishh

sekarang aku dah banyak hilang kawan
ye..tanpa aku sedari ramai kawan ku yang tidak aku ketahui dimana mereka.
sedih :'(

dan aku pasti ramai juga sedih dengan sikapku.
ye..aku memang suka berkawan.
dan ada ketika aku membuat mereka marah, benci, dan bosan dengan diri ini
tapi sebenarnya disaat ini aku seperti kehilangan semangat.
hanya yang rapat sahaja mengetahui keadaan diri ini
kadang-kadang aku marah mendadak,
kadang-kadang aku rasa mereka menyemak
kadang-kadang aku rasa aku nak cari kawan lain
kadang-kadang aku rasa nak sayang mereka
kadang-kadang aku rasa nak panggil mereka dekat dengan aku

ahh, kadang-kadang je.
sebenarnya aku mengalami masalah emosi.
ada sebabnya.
doakan lah aku menjadi yang lebih baik.

kepada semua kawan-kawan
aku sedih aku nak sambung degree ni aku kehilangan kawan rapatku
diorang semangat aku..hmm baru rasa diorang tu semangat aku bila diorang xde.
demit !
aku sayang korang !
:'(


Sunday, July 15, 2012

Asyik - Version Kawan Saya

Assalamualaikum.

Saje nak upload lagu ni.

Kawan baik Cik Alin yang nyanyi.

Thanks coz share dengan aku.

video

Tajuk Lagu : Asyik

Penyanyi : Hazrin

Penyanyi Asal : Damasutra

Enjoy it guys !



Friday, July 13, 2012

Ini Yang Saya Nantikan

Alhamdulillah.. Peluang datang sekali.

Pagi JUMAAT yang Indah, redup, dan nyaman...


Tuesday, July 10, 2012

Malas

Assalamualaikum.

Malasnye nak update..
Nanti2 la.

Ade cerita best punyee...

TUNGGU...

Friday, June 22, 2012

RainBow Kek Untuk Abang

Assalamualaikum.

Ok today nak cerita pasal kek.
Kek ape?
Kek pelangi..Rainbow Cake :)

Dah lame buat tapi baru sekarang nak story mory..

Ade 3 tujuan buat kek ni :

1) Sebab memang teringin nak buat.
2) Sebab ade kawan datang umah, saje ajak dia main2 kat dapo..Hee
3) Khas untuk abang Cik Alin yang nak ke luar negara.

Ok, kebetulan ade membe datang rumah, (teha) so cik alin memang nak buat la kek ni. Kebetulan abang cik alin (Alan) dapat call yang flight dia ke Arab Saudi malam esoknya masa cik alin buat kek ni, so lagi bersemangatlah cik alin nak buat kek ni. :DD

Ni first time buat kek ni.
Walaupun xseberapa indah, tapi alhamdulillah boleh dimakan.
Korang ade? HAHAHAR..

Cik alin buat perisa vanila je. 
Resepi dia camni:

bahan-bahan:

2 cwn atau 200g tpung naik sendiri,
1 1/2 cwn atau 180g gula castor,
5 biji telur gred b, kalau gred A 4 biji pn cukup,
250 g butter,
pewarna,
2 sudu kecil esen vanila,
1/2 cwn susu pekat campo air. (air tu xkisah byk mane sbb xnak bagi susu tu pekat sangat.

untuk hiasan cream:

550 g buttercream readymade (kat kedai ade)

cara-cara:

pukul butter dgn gula sampai kembang,
masuk telur sebiji sebiji,
masuk esen vanila,
masukkan susu + air,
pukul sampai sebati,
masukkan tepung dan gaul sekata,
asingkan dalam mangkuk adunan tu,
setiap mangkuk masukkan pewarna dan masukkan satu warna dalam satu loyang. jangan campur semuanya nnt xcantik.
bakar satu2, suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 30 minit.
bila dah sejuk, susun dan hiaskan dengan buttercream tadi.
buttercream kene putar sampai kembang jugak.
kalau xnak guna buttercream, guna whiping cream pn ok. 

Sumber : Xingat kat mane amek..muehehe :D




Bila dah siap bakar, hasilnya cik alin dapat buat 4 layer je..ok la tu.


Kuning, Hijau, Unggu, Merah :D

1

2

3

4
Lepastu salutkan cream kat semua bahagian. Dan hiaskan mengikut kreativiti anda :DD


Taddaaaa !

Simple je :D


Potong sudahh :P


He said : "Yummy !"

Haa ok tu je nak cerita. Selamat mencuba la kalau nak cuba.



Wednesday, June 20, 2012

Inai di kuku..ahak !

Assalamualaikum.



Haa pikir ape tu??
Hehe..

Entry kali ni tentang inai dikuku, sape tuuu?
eh tertambah pulak..haha

Alkisah, kalau pakai inai ni biasenye orang yang nak kawen je.
Tapi perhatikan betul2, manusia yang pakai inai kat atas ni hanya memakai inai dikuku sahaja.
Kalau nak kawen kebiasaannya manusia itu akan memakai inai sehingga membaluti jari jemarinya..
Cantek !

Tapi inai dikuku..ape pulak kisah disebaliknya?

Hahaha...ni nak cite ni..

Memandangkan Cik Alin telah menghabiskan jurusan diploma dan berniat untuk meyambung pembelajaran ke degree pulak, makanya kemungkinan panggilan untuk ke degree tu dalam bulan 9 ni. insyaAllah. jika diberi rezeki dapatlah sambung.

tapi ape kene mengene dengan inai ni?

haa..lagi tadi xciter2..hahak

ok2,sementara nk tunggu panggilan degree tu, cik alin terpikir nak buat sumting..hmm.
 sebenarnye kalau kita pakai inai kat kuku, lame2 kuku akan makin tumbuh kan, pastu kite potong, pastu kuku tumbuh lagi dan lagi, kita pn potong lagi dan lagi sampai la kemuncaknya inai tersebut akan hilang dipandangan.
so, cik alin pakai inai ni sebab cik alin telah mencabar diri untuk berdiet selama tempoh inai masih dikuku.
nak tengok apekah hasilnya kelak..ekekke..
hope sebelom panggilan degree inai ni dah hilang

ok korang nak cakap geli jek, buang mase diet2 ni..
ahhh persetankan itu semua..
aku nak diet aku punye sukelaa..

dh tu je nak bagitau kisah disebalik inai dikuku ni..
:P

p/s: Ya Allah, semoga AZLINNORAZIA BINTI AHMAD dipercepatkan jodohnya dan cepat lah dia memakai inai dijarinya.bukan dikukunya sahaja. Aaaminn :)

Tuesday, June 19, 2012

Penyapu Lidi

Assalamualaikum.



Mendapat idea untuk cerita pasal penyapu lidi ni.
Ade yang xkenal ke alat pembersihan rumah ni?
kalau xkenal ni nak bagitau..
name komersial dia peyapu lidi la. sebab dibuat berasaskan lidi.


 mane dapat lidi tu?
 haa lidi tu kalau nak dapat kene pegi amek daun kelapa. lepastu raut cantik2. kumpul banyak2. agak2 dah sedap genggam, ikat la. 
harga jual penyapu ni kalau 2 tahun lepas xsilap cik alin la ade la dalam RM1.20..pastu naik tahun berikutnya, RM1.50..pastu naik lagi sampai skrang harga dia RM2.50..ni kat area cik alin la. kampung je, tu pn orang dh kate mahal woo.. ni kalau kat bando mau aku jual RM5 satu..wahahahah..


kat kampung cik alin ramai yang guna ni untuk sapu rumah, maksud saya sapu kawasan dalam dan luar rumah. penyapu ni ganas woo. 
sape yg penah guna je tau tahap keganasan waktu menyapu tu..haha


abah cik alin selalu marah kalau cik alin menyapu lantai rumah guna penyapu lidi ni. dia asik suruh guna penyapu bulu2 tu je.
apsal? 
sbb dia kate penyapu ni xbersih bila sapu.
ehh sape kate? lain orang lain skill la abah.
bile cik alin menyapu, haa abis tangan aku bergaris2..haha..pelik skill aku ni.
(bukan nak menunjuk, tapi saya memang rajin sapu rumah. kalau kene suruh la)


bila kita menyapu guna penyapu lidi ni, area atau kawasan untuk menyapu tu xterbatas. haa..sekali sapu amek kau banyak yg aku kaut.haha..nampak x kepuasan tu..nampak x?!


tapi sebenarnye kalau xde orang yg mulakan, cik alin pn xkenal n xguna benda alah ni.
ni lah yang dinamakan penyapu turun temurun. dari orang lame, turun kepada orang baru. xperlu diajar. sendiri tahu cmne nk guna.
budak kecik pn kadang2 berangan pandai sapu guna penyapu lidi ni.


ape2 pun yang penting KEPUASAN !
hoho


makin hari lidi dia pn makin ghaib..
ghaib sebab ape?
 haha sebab mase guna tu kadang2 ade je lidi yang terkeluar dari landasan genggaman manusia ni..pastu ade la makhluk tuhan paling seksi yang amek buat main2. kan dah xleh guna tu. bila dh xleh guna patah2 kan pastu buang la kan. simpan pn nk buat ape.


bila lidi tu dah mengeras, elok la kita buat dia jadi penyapu kat luar umah lak. haa sbb kawasan kat luar umah tu kan berbatu2..berumput2..bertar2, bertanah2..ape2 jela.
senang nak sapu. PUAS!

haha..siap jugak entry pasal penyapu lidi ni. hope kalau abah bace abah akan paham. haha. 


Saturday, June 16, 2012

Program 3P

Assalamualaikum.
Ape tu 3P?
Haa ni nak bagitau..

3P stands for :
Program Pentauliahan Professional

Ape punye program yang nk kene ditauliahkan ni?
Haa..ni nak cite sikit. sikit jela. hehe
Lepas 8 minggu praktikal di EON, cik alin ditugaskan untuk menyiapkan laporan akhir di dalam kampus selama 2 minggu.
kebetulan, ade seorang pensyarah mengajak kami untuk join satu program yang membolehkan kami mendapat sijil yang diiktiraf. name dia Puan Diana.

Sijil ape?
Haa..name dia Sijil  Autocad 2012 Certified Associate Exam.

Pembelajaran selama 8 hari, dengan nak habiskan satu buku yang ade 18 chapter ni..huh ! mcm mustahil je..tapi xmustahil pn ! sekejap je abis..cm xcaye je..muehehehe..

buku aotocad

Nama instructor kelas cik alin ialah En Mohsin B Abd Rahim..haa dia ni dh diiktiraf professional gak..
Satu kelas ade 25 orang..
kelas cik alin Group 3..
ade 3 group je pun..

kelas start dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
rehat ade 3 kali..
ok la tu ngam !
xde la berat sangat.
makan pagi, lunch dgn minum petang dh disediakan oleh pihak universiti..alhamdulillah..
kami cukup makan minum..hehe
tapi pengalaman yang xdapat dilupakan mase kuliah cik alin dah guna 6 PC tau ! bhahaha..
xtau la kenape..orang lain xde pun cmtu.. bile cik alin guna je asik2 je 'trial ended'..
mcm vangang pon ade..tee hee... tp best jugak sbb dapat ronda2 satu kelas.. xde la bosan sangat..ecehhh..

haa..rindunyee..makan time
selama 8 hari berkuliah tu macam2 benda tentang autocad, basic la dapat dipelajari dgn mudah..
lepas 8 hari tu, ade 1 hari untuk exam preparation..ha satu hari ngadap soalan je..stdy2!
tapi ade je orang yang sempat blogging..huhuhu..

lepas 1 hari menelaah soalan, esoknye debaran pun tiba !
haa..get ready nak amek exam u oll..!

Sebelom amek exam, kite bergambar kenangan dengan encik mohsin dulu ye..

Group 3 


exam dia mcm amek lesen L tu la..ujian berkomputer..huhihuhihuhi.
haaa..time exam ni pun penyakit tukar2 PC datang lagi..
nak jawab exam pun cik alin guna 3PC..Bhahahaha..ape kes la dengan aku ni..sampaikan akak tu cakap

"kesian awak. sabar ea."
"xpe kak, saya memang dh biase tukar2 PC mase dalam kelas pon"
"yeke..ala cian awak"
"hehehe...(buat muke troll yang sengih tu).."
hahha

walaupun asik tukar2 PC akhirnya selepas berjaya menjawab 30 soalan dengan yakin cik alin tekan button "END"..
kene buat survey dulu then keluar la result beberapa minit kemudian..
tadaaaa....
jantung berdegup kencang u oll !
ALHAMDULILLAH..saya passed !
walaupun xdpt 100% tapi saya puas hati dengan prestasi saya..

Result peksa

Lepas lega jawab exam, Pn Diana belanja kami semua peserta 3P dari fakulti mekanikal ni makan MCD ! wuwuuwuwuwuu...sedap sedap sedap !

Ni sume untuk 75 orang student yang join 3P

Ngeee..bersama Pn Diana

Peace..guys with Pn Diana

Alhamdulillah..inilah hasilnye
Siji Autocad

report pn dah setel and dah hantar kat lecturer..

Lega rasenye..
sekarang tunggu panggilan Degree..
"Semoga Cik Alin dapat sambung belajar ye september ni"

Aaaminnn..






Friday, June 15, 2012

Kehidupan 2 Bulan Itu SERONOK !

Assalamualaikum.

Ok update kali ni nak cerita pasal Latihan Industri.
Sebagai salah seorang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, saya telah berjaya melaksanakan program Latihan Industri ini di Edaran Otomobil Nasional Bhd ataupun lebih dikenali sebagai EON tetapi di bahagian service centre.
Ok ayat ala2 tulis penghargaan kat laporan akhir..haha..

Selama 8 minggu kat EON tu, macam2 pengalaman yang dilalui..
Semuanya SERONOK ! SUMPAH SERONOKK !
Kenapa SERONOK ?
Sebab saya bekerja dalam keadaan yang SERONOK ! hahaha..
mental...

Seronok la dapat belajar benda baru..
Dan yang paling penting, SAYA BOLEH SERVIS KERETA SENDIRI TAU !
hehe.. sikit2 boleh laaa...lalalalalala..

Tapi mood 8 minggu tu camni..

Minggu 1: Malu-malu-malu
Minggu 2: Malu-malu
Minggu 3: Malu je
Minggu 4: Dah ok..SERONOK datang..
Minggu 5: SERONOK tau
Minggu 6: SERONOK nyeeeee...
Minggu 7: SERONOK sangat !!
Minggu 8 : Lagi SERONOK sebab minggu lastt..ekekekekekee..

Hahaha..yang penting memang SERONOK bekerja dengan mereka-mereka di sana..

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua warga EON Service Centre SEGAMAT sebab sudi berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama 8 minggu di sana. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, dan yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Thanks Kak Villa (orang first sambut saya kat sana)..
thanks kak lia, kak iz..
Thanks abang badul..my sporting supervisor..hehe
Thanks abang Ijat, abang ijal, wak, bapak (pak mudin), wak samsul, hasif, bob, adib,
Thanks training mate, atan, desmond, zali..rindu korang wehhh...
tak lupe terima kasih jugak dekat en nasri_z. en mani_k..huhu..
juga kepada pak kamal, abg mahmud, pak ajak..
haaa thanks jugak dekat LAUPANN...huwaaa..rindu nk tengok dia sengih2...comell woo...hahhaha
serta akak2 warung kat atas tu..weewiitt..hari2 ingatt ape yang kita nk order..
dan yang paling penting, TERIMA KASIH kepada en bos.. Mr Tan.. I always keep ur word..
"selagi tangan x kotor, u takkan faham"
hehehe...lepas ni i akan selalu kotorkan tangan i..sampai i faham..
thanks a lot guys...
bekerja macam satu family..baru xstress...its work !

Ni la EON Service Centre



Ni SUPERVISOR saye..hehe. abg zali


abg ijat..

bapak...pak mudin..KLMU..huhu
abang ijai..


adib...

ni bob.. my brother nihh...

ni wak..wak kimi namenye..huhu

Ni hasif...Bos sparepart ni.

Haa..yang bawah ni geng praktikal jugak macam cik alin..
suke training dengan doang..
sbb doang suke buli sayee...teeheee..
buli2 pn ade jugak ilmu yang melekat kat kepala cik alin ni..
thanks guys..

Ni atan..haa..dia dari poli dungun..

Ni desmond...dari The Otomotive College..


ni zali...budak baru.dari akademi saga..



gambar bos, akak2 dalam opis dgn encik2 SA saya xde la pulak..
soriii...
ni la orang-orang yang selalu membuatkan kehidupan 2 bulan saya SERONOK ! hahaa
thanks semuanya..
banyak yang saya belajar dari anda..
hanya Allah je yang mampu balas semua kebaikan kalian..
semoga ketemu lagi..





Wednesday, March 28, 2012

Sorry. Please delete my number !

Assalamualaikum !


Haa, minggu ni dan minggu sebelum2 ni memang agak panas la bagi Cik Alin.
Sebab??
Ade je no xkenal masuk.
And and and!!

Kebanyakkannya cari Mr. William !
Hoii sape la Mr. William nih. Suke2 hati je bagi nombor Cik Alin kat customer dia.
Adoii paneh2!!

One more thing, semua yang call tu datang dari syarikat2 yang berbeza.
Untung la my number ni penting tau untuk urusan bisness! huh!

Ade satu call tu Cik Alin dh geram sangat :

He : Hello, can i speak to Mr William.
Me : Sorry wrong number. Btw, where did u get my number ha?! Everyday people call me n ask for Mr William. Everyday okay !
He : Ouh, really? I'm sorry miss. Previously, i have contact Mr William with this number. and he use this number.
Me : But this is my number okay. not Mr William!
He : Ok miss. i'm sorry again.
Me : and one more thing, please delete my number! Thanks!

nampak x kite geram? nampak takkk??
Pastu Cik Alin terus end call. Hampeh betol. nk tukar nombor, sayang pulak. hurmm.

Geram ni geram !

Monday, March 26, 2012

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Assalamualaikum :)

Final exam untuk last sem diploma sudah setel.
Sekarang tunggu masa nk L.I (Latihan Industri) je.
Tempat L.I kat Segamat je.
Mak xbagi pegi JB, jauh, risau aku kene culik..err yeke..padahal risau duit dia habis aku buat belanja kot. hehe
Xpela, duduk rumah lebih selamat, dan pastinya makan minum anda terjaga.
InsyaAllah.

Btw, nak cerita pasal program bulan April ni.
Cik Alin dan kawan2 merancang untuk pergi ke PUSASDA, Port Dickson.
Untuk menyaksikan upacara perbarisan tamat latihan Parajurit Muda di sana.

Alhamdulillah setakat ni plan berjalan lancar, ada membe nak follow.
And the best thing is, my lovely sister nak bawak pergi sane. (kalau dia bace mesti dia loyer)...haha

Hope la menjadi, ramai kawan2 Cik Alin nak jumpe kat sane yang kiteorang kenal kat FB ni tapi xpernah jumpe lagi.
So kat sane la kiteorang nk bertemu mata, beramah mesra.
Bukan hanya rancak sembang di FB okay.
No no no.
Hehe..xsabar nak jumpe kalian semua.

Ekin + Faris
Eika + Iedan
Lena + Syafiq
Yas + Fadri
Ja + Nuar
Nana + Syam
Ct + Jeff
Wie + Mie

InsyaAllah kalau ade jodoh kite jumpe kat sane.
Ok guys, 12 hari je lagi.
See ya !
Aminn

Saturday, February 18, 2012

in a relationship with kekasih bukan mahramnya

Seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.



Sumber : Klik Sini
Copy ~Paste 
:)

Saturday, February 11, 2012

Nice Meet You !

Assalamualaikum. 
Hai, jenuh la nk tunggu update belog ni. Tp kali ni nk cite tentang pertemuan yang indah.

First time Cik Alin jumpe my FB fren..kenal kat FB je.. almkalumla ..dua-dua berkongsi nasib yang sama..huhu Let me introduce my dearest NOR SHAHFIQAH...atau senang dikenali sbg IEKA.. dia ni banyak cakap orangnye..happy go lucky..suke bercerita n suke mendengar cerita.. Ieka ni tinggi , chubby, cute..n yang paling penting..i like her eyes..huhu. ieka jangan marah alin tulis sal ieka ni.. ni la ieka

kebetulan ieka duduk dekat je dengan segamat.
tibe2 plan nak ke segamat and terus ajak jumpe..
wow..memang pertemuan yang kita plan on the spot selalu je menjadi dari pertemuan yg kita rancang lame2 last2 xjadi. selalu cenggitu..first, kiteorang lepak2 makan dulu..sebab dah lapar kan ieka..hehe. mula2 nak pegi Domino's tapi ramai la plak. Then lepak kedai makan Mawa De Village, haa kat situ la kami bercerita itu ini, lama la jugak..lepas tu teman ieka cari kain nak buat baju..wow so sweet u ieka nak beli kain nak buat baju kurung sebab nak pegi p/o abe terap nnt..comel2.. last kiteorang pegi karok sesame lepas geram kat terminal segamat. nak tengok wayang dah x sempat..huhu.
btw, thanks a lot ieka...have fun with u that day.

Next customer plizz..

And lepas jumpe ieka, cik alin balik batu pahat and rancang nak jumpe lagi sorang kawan FB jugak ni. Geng baru la ni. Tadaaaaaa.. let me introduce my sweetest ZALENA...

Kami jumpe di BPMALL..wowowo..jumpe mak datin pulak..hehe..ops, jangan marah lena.
Lena ni pn banyak cakap jugak same macam ieka, huhu..kawan2 cik alin memang banyak cakap kebanyakkannya..xkan bisu pulak..hhuhu. lena ni pn happy go lucky, manje2 gitu..huhu 
Even jumpe lena kejap je, xsampai separuh hari pn sebb ade banyak bende nak setelkan minggu ni..
Mula2 temankan lena abiskan baucer buku 1M tu kat POPULAR. Lena ni punye semangat nak cari kamus bahasa Arab tapi hampehh..satu pn xdek. adoii.. mungkin dah abis. Then xtau nak beli ape..just cari2 buku n alat tulis yang boleh dibeli ..kan lena..last2, baucer hanya guna rm100 je..ok la tu kan. spent another rm100 kat tempat lena belajar pulak. banyak mase lagi nihh. then kiteorang lepak dekat rengit coffee.. borak2 cite tu, cite ni, memang xkering gusi la..sampai masa, lena kene jemput adik balik sekolah yek..times up la pastu kene balik umah masing2..

sangat happy that day..
nice to meet both of u dear, rase xpuas n nak jumpe lagi. insyaAllah p/o abe terap kite jumpe ye..
kalau ade jodoh, kite jumpe lagi. hehe