Friday, June 22, 2012

RainBow Kek Untuk Abang

Assalamualaikum.

Ok today nak cerita pasal kek.
Kek ape?
Kek pelangi..Rainbow Cake :)

Dah lame buat tapi baru sekarang nak story mory..

Ade 3 tujuan buat kek ni :

1) Sebab memang teringin nak buat.
2) Sebab ade kawan datang umah, saje ajak dia main2 kat dapo..Hee
3) Khas untuk abang Cik Alin yang nak ke luar negara.

Ok, kebetulan ade membe datang rumah, (teha) so cik alin memang nak buat la kek ni. Kebetulan abang cik alin (Alan) dapat call yang flight dia ke Arab Saudi malam esoknya masa cik alin buat kek ni, so lagi bersemangatlah cik alin nak buat kek ni. :DD

Ni first time buat kek ni.
Walaupun xseberapa indah, tapi alhamdulillah boleh dimakan.
Korang ade? HAHAHAR..

Cik alin buat perisa vanila je. 
Resepi dia camni:

bahan-bahan:

2 cwn atau 200g tpung naik sendiri,
1 1/2 cwn atau 180g gula castor,
5 biji telur gred b, kalau gred A 4 biji pn cukup,
250 g butter,
pewarna,
2 sudu kecil esen vanila,
1/2 cwn susu pekat campo air. (air tu xkisah byk mane sbb xnak bagi susu tu pekat sangat.

untuk hiasan cream:

550 g buttercream readymade (kat kedai ade)

cara-cara:

pukul butter dgn gula sampai kembang,
masuk telur sebiji sebiji,
masuk esen vanila,
masukkan susu + air,
pukul sampai sebati,
masukkan tepung dan gaul sekata,
asingkan dalam mangkuk adunan tu,
setiap mangkuk masukkan pewarna dan masukkan satu warna dalam satu loyang. jangan campur semuanya nnt xcantik.
bakar satu2, suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 30 minit.
bila dah sejuk, susun dan hiaskan dengan buttercream tadi.
buttercream kene putar sampai kembang jugak.
kalau xnak guna buttercream, guna whiping cream pn ok. 

Sumber : Xingat kat mane amek..muehehe :D




Bila dah siap bakar, hasilnya cik alin dapat buat 4 layer je..ok la tu.


Kuning, Hijau, Unggu, Merah :D

1

2

3

4
Lepastu salutkan cream kat semua bahagian. Dan hiaskan mengikut kreativiti anda :DD


Taddaaaa !

Simple je :D


Potong sudahh :P


He said : "Yummy !"

Haa ok tu je nak cerita. Selamat mencuba la kalau nak cuba.



9 comments:

azalinda said...

Ajid aje yg mkn...

azalinda said...

Kate kek pelangi..knape x ckup kalernye....fail2
kena msuk blk sekolah tabika blajo brape warna plangi...
hahaha..

Cik Alin said...

kak inda,

sbb dapat buat 4 layer je..
xcukup nk buat 7..hahaha..

ajid yg rasmikan.. hahar

dayangredzuan said...

kihkihkih bile cikgu azlinda dah bersuara..jgn main lin..ni cikgu sains tau

GincoMerahJambu said...

nk try! mcm senang je ni

Cik Alin said...

dayang,

dia cikgu pendidikan seni..hahar

Cik Alin said...

GincoMerahJambu ,

senang je. try la !

nadia said...

sedap. sedap.sedap. nakkkk !!!

Cik Alin said...

nadia,

nnt u balik kite buat ye :DD