Monday, July 23, 2012

Kawan..fahamkan ini.

Assalamualaikum.

Aku ingin berkongsi isi hati ini.
Bacalah jika mahu,
andai diri ini tersilap,
maafkanlah..aku hanya ingin berkongsi.

Kawan ada disekeliling kita
tak kiralah dah lame kawan ke, baru 5 minit tadi kenal ke, itu semua kawan.

Kawan juga manusia
sama seperti kita yang saling memerlukan kawannya disaat suka dan duka.
Kawan sebagai peneman, tempat kita meluahkan rasa, dan kadangkala kita sering berbalah dengannya.

Hmm
Ape yang aku rasakan semasa berkawan?
1001 rasa aku dah telan

Bila dah berkawan,
secara automatik kita akan bergembira dengannya,
saat tu kita mula mengenali orangnya,
kebanyakannya saat gembira hanya dikongsi dengan kawan
tapi bila kita bersedih, ada kawan yang masih disisi, dan ada juga yang lari kerana tak sanggup mendengar derita hati ini.

Aku suka berkawan
tapi kenapa ade sesetengah orang susah nak dibuat kawan?
hmm adakah mereka memikirkan darjat?
haishh

sekarang aku dah banyak hilang kawan
ye..tanpa aku sedari ramai kawan ku yang tidak aku ketahui dimana mereka.
sedih :'(

dan aku pasti ramai juga sedih dengan sikapku.
ye..aku memang suka berkawan.
dan ada ketika aku membuat mereka marah, benci, dan bosan dengan diri ini
tapi sebenarnya disaat ini aku seperti kehilangan semangat.
hanya yang rapat sahaja mengetahui keadaan diri ini
kadang-kadang aku marah mendadak,
kadang-kadang aku rasa mereka menyemak
kadang-kadang aku rasa aku nak cari kawan lain
kadang-kadang aku rasa nak sayang mereka
kadang-kadang aku rasa nak panggil mereka dekat dengan aku

ahh, kadang-kadang je.
sebenarnya aku mengalami masalah emosi.
ada sebabnya.
doakan lah aku menjadi yang lebih baik.

kepada semua kawan-kawan
aku sedih aku nak sambung degree ni aku kehilangan kawan rapatku
diorang semangat aku..hmm baru rasa diorang tu semangat aku bila diorang xde.
demit !
aku sayang korang !
:'(


3 comments:

Musfirah Hasan said...

I'm with you *nyanyi lagu avril*

Cik Alin said...

u always with me mus. thanks a lot !

hajar akhair said...

banyaknya kekadang cik alin....
sedih je bunyi..
xmo copot2 yo