Sunday, September 30, 2012

Welcome Back :)


Assalamualaikum.

Hai, lamenye xupdate !
Kannnnn....

Raya xwish pun... raya dh habis pun.. ekekeke..

Sekarang tiba masanya nak bercerita tentang kehidupan yang baru semula.
Alhamdulillah, Cik Alin berjaya menjejakkan semula kaki ke bumi Parit Raja, Batu Pahat.
Sekali lagi menjejakkan kaki ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
I LOVE UTHM OK ! hehehe

Tanggal 2 September, hari mula-mula daftar sebagai pelajar DEGREE, dah x kekok sebab dah biase kann.
Sampai Parit Raja dalam jam 1 petang. 1.30 petang gerak masuk U.
Pendaftaran start jam 2 petang.
Bajet nak jadi antara yang terawal la kan.
Padahallllllllll....

Sampai je kat U, HAAAAA.... ramainyeee... sukenyeee...
Cik Alin cepat-cepat suruh akak parking. Dah la eskot 2 kereta.
Mak abah dah bising-bising sebab biase la dah ramai kan. Takot lambat settle.

Dapat je parking, Cik alin laju-laju jalan pegi dewan pendaftaran. Dekat DTII je.. parking kat belakang DTII, so pandai la nk shortcut ikot mane kan.
Abah pulak semput, xboleh nka jalan laju-laju sangat.
Takpe, bukan mereka yang nak mendaftar.Terus tinggalkan diaorang.

Sampai je depan DTII, kene ambil fail ikut Fakulti pulak. lepastu susun, semak, kepilkan, baru boleh ambil nombor giliran. Sekarang trend pakai nombor giliran je.
Cik Alin dapat nombor 1721 mase tu. Haaa..dan beribu yang mendaftar tau. Dalam surat tulis jam 2 baru start daftar, ni mungkin ade yg sesudah subuh dah terpacak depan UTHM. hAHAHA

Alhamdulillah xdelah lame sangat nak tunggu giliran tu.Masuk je DTII, duduk kejap, serah borang, dah settle, ambil gambar untuk kad matrik, lepastu last pergi kaunter IEM.
Ape tu IEM?
haa.. IEM tu Institute of Engineer Malaysia. Hee saya dah mendaftar sebagai student IEM. Pelajar degree yang ambil engineering kene daftar IEM. Dan UTHM merupakan salah satu universiti yang mendaftar dengan IEM.
Kalau xsilap, mase taklimat haritu, student UTHM kalau daftar dengan IEM, valid 5 tahun. Universiti lain valid 2-3 tahun je.
Masa ambil kad IEM tu, dengan semangatnya kakak tu cakap. "Tahniah, insyaAllah satu hari nanti kamu akan jadi IR"

Aaaminnn InsyaAllah. Itu satu doa. Doakan ye kawan-kawan.

Habis dekat kaunter IEM, maka selesailah sesi pendaftaran sebagai pelajar di UTHM. Tapi xboleh nak relax lagi. Terus cari family. Diaorang lepak dekat masjid lama UTHM. Kesian mereka, muka masing-masing letih je. Kecuali hajid, aqila dengan amira.
Masing-masing sibok main kejor-kejor.

Cik Alin suruh dioarang semua gerak ke kolej kediaman pulak. Masa tu dah jam 3.30 petang.Kene daftar kolej pulak.
Ada rasa xpuas hati jugak sebab pelajar perempuan mekanikal semua dicampakkan ke kolej luar. pelajar lelaki duduk kolej kediaman dalam kampus.hissssshhh hissshhh hishhhh..
Tapi ada satu spirit yang buat cik alin kate xpe. hehehehehe.. Nama kolej saya KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA. Haaa PERWIRA tau.. Kolej kediaman askar...ekekeke... Ramai palapes duduk dalam kolej ni. Sebab tu terasa semangat sikit dengan perkataan PERWIRA tu. HAHA
Lepastu slogan KOLEJ PERWIRA sekarang 'PERWIRA DIHATIKU'...ekekeke.. lagi suke....haha.. layann !

Dapat bilik aras 3. Memang suke. Exercise ! Yeayyy..misi untuk menurunkan berat badan bermula !

Sekarang ni dah 4 minggu berada disini.Semakin hari semakin suke.
Kalau dulu, nak ke kelas ada driver. Kelas lagi 10 minit baru gerak. Sekarang dah xboleh. Kelas lagi sejam dah kene rushing siap-siap naik bas. huhu.
Heee jangan marah dayang n jaja. Jasa korang xkan aku lupa. Korang jangan risau aku kat sini. Korang xde, lagi ramai driver aku. Sume bawak limosin COLOURPLUS. Besar kan kereta aku sekarang.
Alhamdulillah rezeki. HEHEHE.

Pasal pendaftaran subjek, Cik Alin dapat transfer 31 jam kredit je. Ade 3 subjek kene ambil sebab xlepas. Kalau nak transfer at least, C. Tapi 3 subjek tu C- pulok. Huwaa..xpe. 3tahun je kat sini. Same je dengan member2 yang lain.
Xdenye pelajar mekanikal batch Cik Alin dapat transfer sampai jadi 2 tahun setengah.

Kawan-kawan yang sudah bekerja tu, kerja elok2 ye. Especially Dayang n Jaja. Aku paling rindu dengan korang. Kadang-kadang aku rasa blur bile keseorangan. Sekarang ni aku membayangkan korang ade dekat dengan aku. Even kita jauh, tiap2 hari kita contact kan. Keep in touch !
Korang pun kene capai target jugak. All the best my dear !

Now, fokus kepada hal masing-masing. Cik Alin akan cuba sedaya upaya untuk berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerjaya yang bagus pada masa akan datang. Bagitu juga dengan kawan-kawan seperjuangan yang lain.

Aminnn.. InsyaAllah. Doakan ye kawan-kawan :)