Wednesday, July 10, 2013

Ramadan Datang Lagi. Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan kita berusahalah meningkatkan keimanan dalam bulan yang mulia ini. Bukan bulan ni je, begitu juga bulan2 seterusnya.

Dikesempatan ini, Cik Alin ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan2 blogger sekalian. Kesilapan lalu mengajar dan memberi pengajaran dalam hidup kita. Jangan la dikenang perkara lalu, Berusahalah untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Diharap kalian semua berada dalam sihat sejahtera hendaknya.

I miss my old life. My old friends. My old memory.

Abadikan yang lalu, coretlah ceritera indah dalam hidupmu pada masa akan datang.

Gambar Hiasan

Tuesday, July 2, 2013

Cuti Sem II Tahun 2

Assalamualaikum.

Haa tiap kali cuti sem baru nak update kan. Heeheehee. Kite dah jadi pemalas. Sori ler.

Tapi serius, sem ni cik alin memang jadi seorang yang pemalas. Banyak hal yang xselesai dengan sempurna. Thing get worst. Hmm. Xtau la result sem ni mungkin lagi teruk dari sem lepas.

Hmm tapi itulah. Nak mengeluh pun xgune. Tawakal jela sekarang semoga apa yang kita dapat tu terbaik untuk kita. Usaha dah. InsyaAllah semuanya akan baik.
Hmm tp sedih jugak. Huarghhhhh.

Ok lupekan kesedihan. Mari bergembira!

Cuti sem kali ni around 2 bulan setengah. Whoaa lame siot!
Nak buat ape ni? Kerja? Hmm mcm xdapat je.

Takpe masih dalam proses memikirkan.

So cuti2 ni kita layan ajid je la.

#1
Comelnye kite ajid :D

#2

#3
Muke start nak annoying

#4
Gambo ni ajid cakap cik alin macam monyet. Ajid je macam manusia. 

#5

#6
Panas tp senyum. Cik Alin tiup kot sebab tu sejuk sikit. Lol

#7
Singgah akuaria sepinang

#8
Err habit kau ajid ! Korek !

Friday, June 21, 2013

#Habukkkkk #Shuhhhhh

Assalamualaikum.

Habuk ada di merata2. Especially kat belog yang dah bersawang ni. MasyaAllah. Sape tuan rumah dia ni?
Pemalas !

Mentang2 kat Batu pahat sekarang JEREBU. Hishhh sesak nafas den oiii. Nak study utk final exam nihh !

Semoga semuanya berjalan lancar. Aaaaminn InsyaAllah.

Ya Allah, tanpa sedar belog ni dah kutinggalkan selama lebih kurang setangah tahun.

Fuuuuhhhh...

Nanti Cik Alin update entry baru k. Malas nak fikir cerita mak jemah sekarang. Nanti tunggu cuti sem start !

Wednesday, January 23, 2013

Permulaan Cuti Sem 2013

Assalamualaikum.

Tanggal 16 hb Januari 2013, maka bermulalah cuti semester bagi pelajar Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Habis je paper pada 15 hb januari tu, kawan-kawan ajak bertandang ke rumah lect, Puan Diana ada buat makan2 sebab budak2 ni nak tengok baby baru puan.

Balik je hostel, operasi mengemas barang2 pun bermula.

18 hb ada meeting pra KPO (Kursus Pengurusan Organisasi) dekat pejabat alumni.

19 hb bertolak ke Gunung Ledang untuk KPO yang sebenar. Serius SANGAT BEST !

Banyak  perkara baru yang Cik Alin belajar. Geng2 alumni UTHM memang super AWESOME!

Btw, trainer dia dari Dsiswa, bekas2 alumni UTM sangat sempoi. Setiap modul, diikuti dengan satu game.

Salah satu game yang mencuit hati kami semua ialah game "Secret Admire"

Setiap orang ada secret admire masing2. Pilihan berdasarkan undian. Nasibla dapat lelaki ke, perempuan ke, yang penting kite kene tulis surat kepada orang tu tanpa ada signature dari kita. Cik Alin xtau sape yang tulis surat utk Cik Alin. Tapi its so funny.

Kandungan surat untuk hari pertama :



Kandungan surat untuk hari terakhir :


Ok serius nak ketawa. Hope penulisnya adalah girls. Hahaha

KPO ni berlangsung selama 3 hari. Start 19 hb sampai 21 hb Januari 2013.

Hari kedua kami semua mencabar diri untuk panjat ke puncak Gunung Ledang. Cik Alin ni yakin tak yakin je dengan diri ni boleh ke sampai ke puncak. Ketinggian 1276 m. Tapi setelah berhalusinasi sendiri, maka jawapannya ialah YA. hahaha.

Pendakian bermula jam 8.30 pagi, akhirnya sampai ke puncak jam 4.15 petang. Fuhh xsangka! Lepastu turun ke bawah jam 5 lebih dan sampai jam 11.30 malam. Ya Allah, macam xpercaya je aku buat benda ni. Tapi inilah realiti. Alhamdulillah.

Kejayaan ini diiktiraf oleh pihak Gunung Ledang dengan menganugerahkan sijil kepada sesiapa yang sampai ke puncak.



Terima kasih semuanya. Terima kasih Seketeriat Alumni UTHM. Terima kasih pihak CARE UTHM.

Program seperti ini sememangnya bermanfaat untuk develop soft skill dalam kalangan mahasiswa.

Thanks for all the support. Luv U all.





Saturday, January 5, 2013

Engr wanna be??


Assalamualaikum.

Wordless Saturday.

Engr. Azlinnorazia ?? 

InsyaAllah





One step ahead.