Wednesday, January 23, 2013

Permulaan Cuti Sem 2013

Assalamualaikum.

Tanggal 16 hb Januari 2013, maka bermulalah cuti semester bagi pelajar Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Habis je paper pada 15 hb januari tu, kawan-kawan ajak bertandang ke rumah lect, Puan Diana ada buat makan2 sebab budak2 ni nak tengok baby baru puan.

Balik je hostel, operasi mengemas barang2 pun bermula.

18 hb ada meeting pra KPO (Kursus Pengurusan Organisasi) dekat pejabat alumni.

19 hb bertolak ke Gunung Ledang untuk KPO yang sebenar. Serius SANGAT BEST !

Banyak  perkara baru yang Cik Alin belajar. Geng2 alumni UTHM memang super AWESOME!

Btw, trainer dia dari Dsiswa, bekas2 alumni UTM sangat sempoi. Setiap modul, diikuti dengan satu game.

Salah satu game yang mencuit hati kami semua ialah game "Secret Admire"

Setiap orang ada secret admire masing2. Pilihan berdasarkan undian. Nasibla dapat lelaki ke, perempuan ke, yang penting kite kene tulis surat kepada orang tu tanpa ada signature dari kita. Cik Alin xtau sape yang tulis surat utk Cik Alin. Tapi its so funny.

Kandungan surat untuk hari pertama :



Kandungan surat untuk hari terakhir :


Ok serius nak ketawa. Hope penulisnya adalah girls. Hahaha

KPO ni berlangsung selama 3 hari. Start 19 hb sampai 21 hb Januari 2013.

Hari kedua kami semua mencabar diri untuk panjat ke puncak Gunung Ledang. Cik Alin ni yakin tak yakin je dengan diri ni boleh ke sampai ke puncak. Ketinggian 1276 m. Tapi setelah berhalusinasi sendiri, maka jawapannya ialah YA. hahaha.

Pendakian bermula jam 8.30 pagi, akhirnya sampai ke puncak jam 4.15 petang. Fuhh xsangka! Lepastu turun ke bawah jam 5 lebih dan sampai jam 11.30 malam. Ya Allah, macam xpercaya je aku buat benda ni. Tapi inilah realiti. Alhamdulillah.

Kejayaan ini diiktiraf oleh pihak Gunung Ledang dengan menganugerahkan sijil kepada sesiapa yang sampai ke puncak.



Terima kasih semuanya. Terima kasih Seketeriat Alumni UTHM. Terima kasih pihak CARE UTHM.

Program seperti ini sememangnya bermanfaat untuk develop soft skill dalam kalangan mahasiswa.

Thanks for all the support. Luv U all.





2 comments:

azalinda said...

Tahniah!
Anda berjsya daki gunung tu!
Berat badan ada turun tak?
Hahaha...

Cik Alin said...

Kak inda,

kalau turun pn, dah naik balik!
Haahahaha